Assalamualaikum, sejahtera ke atasmu saudaraku.
Dah lama tak menulis. Bila Allah menguji, sekejap saja jadinya. Mak dah kat wad sejak 15/9/2014, Isnin, cuti ssekolah. Dari Hosp Parit Buntar ke Taiping sekarang di Ipoh. Mak demam on off tak baik2. Awal2 admitted, masuk air banyak sangat. Dehydrated. Mak memang tak lalu makan. Tu dah lama dah. Kat Taiping diagnosis ada blood infection, anaemia, low bp, low hb, then ckp infection at heart valve. Ye, aku paham. Aku cikgu Sains. Aku yang dok explain kat anak murid pasal blood circulation, pasal heart, pasal valves, pasal haemoglobin. So, bila doktor sebut semua benda tu aku faham. Doktor di Taiping ok, walaupun bagi aku layanan nurse tak le tip top. Of coz, pressure, aku faham.
Jumaat, 19/9, mak dipindahkan ke Hosp. Raja Perempuan Bainun, Ipoh atas permintaan aku. Sapa boleh jaga, jenguk mak kalau di Taiping? Takkan boleh aku nak berulang tiap2 hari dengan Hakim lagi aku nak handle.
Sedih sungguh, hari 1 dan 2 mak di Ipoh masuk wad kelas 3. Kalau ada anak yang kaga tak la rungsing sangat. Aku boleh jenguk mak siang lepas sekolah, malam betul2 harap pada nurse. Ada sekali mak lemah lagi, mal nak berak, ada nurse tolong bagi bekas. Masa aku kol tu pukul 9 malam, dekat kul 10 aku kol lagi dengan harapan mak aku dah settle cuci. Luluhnya hati bila kol mak ckp susahnya mak tak blh jln. Nurse tak mai tlng mak lagi, mak dah lama siap. Kalau aku masih sorg, aku rela tido hospital pagi terus g keje. Tu kalau aku sorang.....
Hari ke 3, mak pindah wad kelas 1. Alhamdulillah, beza sgt. Nurse baik2, ramah2 belaka. Boleh faham aku yang beranak kecil tak boleh tunggu mak mlm2. Mak tak lalu makan. Ye la, makanan hospital kan tawar2 belaka. Mak dah biasa masak cukup syarat. Bila aku p wad, selang 2-3 hari aku tanya perkembangan mak kat doktor. Setakat ni ada 2 doktor yang slalu incharge petang. Doktor perempuan bernama tuttttt bagi aku, mmmm, period pain syndrom teruk sgt kot. Aku pernah sembang dngan doktor lelaki, India, walaupun bangsa lain, alangkah indahnya tutur bicara walau mix BM BI nya, muka penuh senyuman buat waris rasa lega.
Pengalaman tadi, huh, aku pangkah doktor ini. Serius! Biarlah aku je ingat namanya, aku panggil Dr.A aje kat sini. Perempuan, Melayu, bertudung labuh, nampak lebih muda dari aku. Macam biasa, aku akan tanya condition mak mmandangkan aku tak de masa doktor2 dan pakar check mak. Sakitnya hati, Dr. A jawab acuh tak acuh, pandang kita pun skali skala, mata tengok pc je. I tau u busy. I tak curi masa u banyak sangat pun. 2-3 minit yang sangat berharga tu je. Cakap depa x detect infection kat jantung macam doktor Taiping jumpa pun. Then aku tanya, "that's y last 2 days ada scan perut mak saya?" Kalau aku tak tanya pasal scan perut, aku yakin Dr. A takkan sebut pun. Explain bla bla bla.
"So, maknanya mak saya tak ada infaction kat jantung lah ye that's y doktor scan perut pulak?"
"Kita tak kata tak ada infection kat jantung, tapi tak jumpa. Bla bla bla"
Ok, fine.
"Mak saya cakap ada doktor yang kata dia stay lebih kurang 2 minggu lagi. Saya pernah tanya sorang doktor yg cakap maybe around 4-6 weeks. Bila mak saya boleh keluar."
Dengan sinisnya,
" kami tak tau kuman apa. Tengah diagnosis lagi. Kalau serius mesti kami dah bagi tahu. !Selagi tak tahu, tak boleh keluar lagi la. Saya pun tak tau bila. PAHAM TAK??? Awak anak dia ye?"
Oh, mula2 saya boleh tahan dengan doktor, tapi bila ayat last doktor cakap tu saya rasa hilang respect. Cakap dah la tak tengok muka kita, senyum sinis tak ikhlas. Doktor, takkan mak saya dah serius final stage baru saya boleh bertanya pasal condition mak saya? Kalau boleh everyday saya nak maklumat to be updated.
Saya faham kerja doktor stress, bukan doktor sorang stress, doktor lain juga, even saya guru pun stress. Or masa tu doktor ada PMS? Tu muka semacam tu. Doktor mungkin tak tahu saya cikgu, saya mengajar Sains. Saya faham apa doktor sebut kalau takat basic Sains. Lain la doktor sebut medical terms yang bombastic, insyaallah saya tak tahu. Awak doktor, tak kira awak deal dengan sapa pun tak kira la tukang kebun, cleaner, pekerja kilang sekali pun; tolong jaga etika.
Cuba bayangkan doktor pergi sekolah, desperate nak tau pasal anak tapi cikgu yang doktor jumpa tu cakap lebih kurang, tengok muka pun tak, cakap perli2....apa awak rasa???
Saya pernah deal dengan parents yang tah hapa2 hentam cikgu, saya masih boleh senyum walau dalam hati mendidih. Ni tadi saya tanya elok2, tak ambil masa lama pun. Macamtu layanan awak?
"Terima kasih doktor."
Aku blah. Insyaallah, kalau boleh saya takkan tanya doktor lagi. Hadap la pc tu lama2.
No comments:
Post a Comment