16 January 2014

~PBS Tingkatan 3~



Semua tahu yang PMR dah berakhir tahun lepas. Pelajar Tinkatan 3 tahun ni terus dengan PBS. Aku ajar Sains Tingkatan 3. Ni projek pertama untuk band 6. Nak tengok performance budak2, ok ke tak, mudah terlibat dengan aktiviti yang kita buat ke tak.

So far, ada kelas yang bersemangat dan ada yang kurang. Biasa la kan. What do we expect?

Aku mengajar 3 kelas Tingkatan 3 dan 1 kelas Tingkatan 5, semua kelas Sains.

Kelas 3A1 dah settle buat model dan bentang, semua dah hantar.

3A3; pelajar perempuan lebih excited berbanding pelajar lelaki, ramai lagi tak hantar model.

3A4; kelas terakhir, tak sangka suka kerja2 hands-on. Belum mula projek model tapi aku mula dengan buku skrap. Walaupun semuanya aku yang kena sediakan dari paper lama, kertas A4, gam, budak2 ni excited plak cari bahan. Cari gambar2 yang ada kaitan dengan pencemaran udara untuk soalan band 6 bab 1. Mula2 tak pandai nak cari, aku bagi paper lama boleh diorang kata tak ada langsung gambar pasal pencemaran udara? Tak dapat sebab dalam otak nak cari gambar kebakaran, gambar rokok. Gambar kereta tersangkut dalam jem, orang berbasikal, Komuter, LRT tak ada kaitankah aku tanya? Ambil masa juga nak faham, tapi hasilnya, dah bunyi loceng tamat masa pun dok syok gunting gambar lagi. Sampai kena jemput dengan cikgu KHB yang ajar lepas waktu Sains.

Maka, jangan judge budak. Tak bermakna belajar di kelas hujung kita susah nak jaga, susah nak ajar. Tak bermakna jugak yang belajar kelas depan semua bagus. Jangan sesekali label kelas hujung mesti teruk, kelas depan mesti bagus, tak juga. Tiap orang kan berbeza2. Yang penting, guru mengajar dengan ikhlas penuh kesungguhan. Budak boleh nampak tu.

Sungguh terharu, tahun lepas anak murid kelas sederhana aku ramai yang skor A dalam Sains PMR termasuk anak sorang rakan guru. Dia cerita anak dia masih tak boleh percaya dapat Sains A. "Apa ko buat Fiza sampai kelas 3A2 ramai dapat A ni?", tanya kawan aku tadi. Senyum je la, alhamdulillah. Sesungguhnya bila kita brsungguh2 mengajar, mendidik perkataan yang sebetulnya, insyaallah akan ada hasil.


No comments: