Mengalu2kan kedatangan tahun baru 2012. Tiap detik yang berlalu bawa pelbagai peristiwa, kenangan sama ada manis atau pahit. Sejak 2007 di SMKTE, tahun ini aku dah berubah arah. Aku curangkah?
Kawan2 di sana asyik tanya apa alasan aku letak masa isi permohonan pertukaran hari tu. Alasannya masih sama sejak mula minta bertukar beberapa tahun dulu. Dengan alasan tidak kukuh kerana belum berkahwin. Teringat lagi jawapan pegawai di Putrajaya tahun lepas hingga tahun ni aku isi borang sambil lewa dan dengan harapan dapat bertukar hanya 40-45%.
Oh kawan. Aku rasa Allah sayang aku. Di beri-Nya aku kesempatan dengan kawan2 yang superb selama hampir 5 tahun, anak2 yang ada setengahnya hampir aku lupa nama mereka : yang nakal, yang baik, yang angkuh, yang rendah diri dll. Pengalaman hampir 5 tahun dengan majoriti anak Cina...rasanya lepas ni pasti aku rindu sangat. Environment sekolah baru majoriti pelajar Melayu. So far, aku lebih mahir (walau pun tak berapa mahir sangat pun) mengurus anak2 Cina, tahun ni 'cikgu, berubah sikit ye :)' .
SRC, kau terimalah cikgu ini. Mengajar pula kelas peperiksaan, sesi pagi, majoriti Melayu, ada pelajar aliran Arab..... lain sungguh daripada di sana. Kamu tengoklah nanti cikgu baru kamu yang sempoi keje gelak kuat ni ye :P Harap jadi lebih sopan dan matang. Azam no.1 tahun ni ye. Harap tercapai.
Sejak sekolah aku kurang-sangat-minat-kat-Matematik. Sekali tahun ni kena ajar Matematik plak. Takpe. Math I dapat A sejak UPSR sampai Matriks tau! Hehehe. Name tag baru pun dah siap, kali ni baru betul ikut standard name tag kerajaan: tak boleh letak 2 perkataan dalam name tag kita. Lama punya tulis nama penuh aku a.k.a 2 perkataan. Salah tu.
K, kena study dulu. Btol2 dah lupa banyak benda dalam Matematik Tingkatan 1. Mari belajar semula.
Selamat tahun baru 2012. Aku sebenarnya tak minat sangat nak wish new year, citer pasal azam baru, sebab aku rasa tiap2 hari pun kita kena ada azam baru. Celik2 mata kena ada azam nak settlekan apa hari tu. Kan? Aku rasa la.
No comments:
Post a Comment