Pagi Sabtu ada LDP kat sekolah. Ngantuk rupanya dengar ceramah LDP! Sebelum ni kat sekolah lama aku jadi SU, so kalau ada kursus aku busy wat kerja, jalan merata2, tak sempat nak menguap pun. Kali ni aku dengar je ceramah. 2jam ceramah tah berapa puluhkali aku menguap. Nasib baik bukan duduk row depan :P
Balik LDP aku join majlis makan2 merangkap majlis perpisahan cikgu2 lama yang berpindah. Ada la ~20 orang yang join. saje ikut, leh kenal2 cikgu SRC. Makan2 kat Excelsior. Banyak btoi aku melantak laksa. Hahahaha. Makanan lain aku rasa sikit2 je, tapi bila tengok laksa.....wa tak bleh tahan la. Walaupun tak se'best' kita buat, tapi bila dah namanya hantu laksa....semua tibai, kecuali la rasa laksa tu memang teruk+huduh sangat kot tak boleh mencekik!
Balik makan2 lebih kurang pukul 3 petang, rehat jap, pastu gerak balik kampung. Ari tu mak demam, tapi sekarang dah ok, tambah2 anak dia nak balik, sure baik, sampai bleh wat plan nak jalan2 lagi :P
Adakah anda tahu weekend lepas Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2011 diadakan di Parit Buntar, Perak? Tiba2 PB dah jem macam nak raya je. Sempat la p melawat Ahad lepas. Pergi kul 10, jalan2 tak sedar kul 12 lebih. Petang nak gerak balik dah. Teringat pajeri nenas. Kena cari nenas!!!! Nyum2, akhirnya rasa gak pajeri nenas MAK MASAK. Kalau aku yang masak dah tau dah rasanya, rindu2, gatai2....nak le rasa mak yang masak....rindu. Hehehe.
-----------------------------------------------------------
Isnin: mission berjaya!
Aku berazam tahun ni nak jadi lebih sihat, buanglah lemak2 berlebihan, wat berat badan je :P Hari pertama jogging pusing Padang Polo adalah sangat penat! Berapa tahun tak jogging, tambah2 dulu mengajar petang, lagi la malas nak keluar jogging pagi2. Memandangkan aku dah jadi guru sesi pagi, petang boleh la wat aktiviti sihat, jogging exercise badan, cuci mata.....bagus kan. Ramai pakwe hensem weh!!! Kah3. Astagfirullah, sungguh tersasar! Teruskan jadi wanita sihat! Tadi pancit, 3 pusingan pusing Padang Polo, rasanya lebih banyak berjalan drp jogging :P
*Tadi relief kelas PJK. Nape tiba2 teringin nak main badminton plak bila tengok budak2 tu main tadi, tapi terpaksa lupakan niat murni tu sebab lupa diri sendiri pakai baju kurung, kain selisih plak tu!
**Hemo2 & Bobby dah tido.....dan aku boring bila tak main dengan depa. Hemo2, kau sungguh dengki dengan tuan kau ni nak berinternet. ada ke patut ko tido berbantal lengan. Macamana aku nak menaip dengan aman?????
No comments:
Post a Comment