06 December 2011

~LOSER? Yes, they are~

Aku bergegas balik petang semalam dengan harapan hari ini (pagi ini) aku boleh mula ajar kerja2 streaming. Aku sangat geram dengan office 1 sekolah rendah ni. Susahkah hendak photostat keputusan UPSR yang dah lama berlalu tu dan hantar ke sekolah menengah atau kalau kau malas budget sekolah menengah tu lagi jauh (padahal lagi dekat) dengan sekolah kau daripada PPD, terus je la letak kat pegion-hole di PPD?Susahkah?Kau janji akan hantar secepat mungkin sebab cikgu yang uruskan tu tak ada. Heh, semua orang tau sekarang cuti sekolah, yang cikgu tu pun tak boleh ke siapkan awal2 dan tinggal kat office? Lagi pun perlu ke ada cikgu tu untuk orang office photostat result? Oooo, nape ko tak cakap...tak pandai guna mesin photostat ek?

Last year kes yang sama oleh sekolah yang sama. Agaknya memang turun temurun macam tu diorang nak buat ye. HANCUS!

Fahamkah anda tanpa result itu ramai lagi orang lain yang akan tergendala kerjanya?

Fahamkah anda result itu bukan untuk diperam di sekolah anda untuk 5 tahun sebelum buat pelupusan tanpa ada pihak lain yang akan memintanya?

Fahamkah anda tentang konsep kerjasam untuk menyiapkan kerja?

Fahamkah anda tanpa result dari sekolah anda, esult2 yang saya dah terima daripada sekolah2 rendah lain sejak minggu UPSR diumumkan tu jadi tak berguna sebab belum boleh mula streaming?

Fahamkah anda????

''Kami akan hantar secepat mungkin sebab cikgu yang uruskan ni tak ada.''

---> Sesungguhnya alasan ini sangat LOSER!!!


----------------------------------------------------------------------------

**Oh, semalam semasa driving di highway yang agak slow movement, ada 1 ESTIMA putih (pun LOSER!) dok baek punya bagi lampu 'bip bip' high beam banyak kali kat belakang aku.  Apa tak puas hatikah dia bila VIVA kecik di depan ESTIMA besaq?

"Oi mangkaq! Hang nak potong macamana kalau kat depan tu pun kereta berkederet dok tekan brek bawak bawah 50km/j?''

Patutla ada orang tak sabar tunjuk jari tengah kat orang2 begini

No comments: