28 October 2011

~Banjarian:Sanggup korang pakai macam ni masa hari korang kawen?~





Kredit : BlogSerius

# Abaikan gambar awek yang last tu. Takde Melayu cap "cewe ganteng'' :P


Ni kira pakaian tradisional orang yang asal2 keturunan dari Indon. Jangan tak ngaku le. Korang bukan pure Melayu Tanah Melayu, korang semua mix (bleh guna kan 'mix' :P). Mak aku Banjar tapi aku agak fail cakap Banjar. Excuse me.....aku paham k, tapi bila cakap imbuhan aku mesti lintang pukang. Aku membesar bukan di kawasan kampung orang Banjar. Kadang2 jeles gak dengar sepupu aku bleh cakap Banjar. OK, stop!

Persoalannya di sini, sanggupkah aku pakai pakaian tradisional keturunan aku kat Balik Papan tu waktu aku bersanding?Tengah2 hari panas terik kepala berat penuh accessories, mekap tebal2, kaler terang2 siap ada 'tande' g tu kat dahi. Aduh, dah macam Kamaladevi la plak ada 'tande'. Musyikil gak aku yang kat tudung kler hitam tu hape? Bukan rambut, so ape ek? Tapi, apa2 pun pakaian Banjar paling tutup aurat tu. Tu la mak aku citer tok nenek moyang dulu sangat kuat ugama (samapai kat cicit dia ni jer berterabur skit).

Ek, cun plak awek Banjar tu kan. Hahahahaha. Ada tak keluarga Banjar yang kawen guna baju macam ni? Maksud aku Banjar Malaysia la. Share skit, nak gak tengok kan.

Dulu kawan aku kat matriks cakap,

''nak kenal orang Banjar tengok mata dia. Ha, tengok mata Pijah.''

"nape weh? Nape? Apasal dengan mata aku?''

Laju je dia jawab......"sepettttttt"

Ceh! Salah satu ciri le tu, mata sepet, kalau pure Banjar kulit putih kuning, muka macam Cina skit. (Aku ada tak ciri2 tu????? Hahahaha).


Patutnya kita kekalkan tradisi kita moga anak cucu tak lupa daratan. Ni jangan kata anak cucu aku nanti, aku sendiri pun dah tak pernah jumpa yang betul2 ikut cara hidup Banjar. Ada aku pernah dengar orang cakap orang Banjar ni mulut leser. Tu Banjar yang diasimilasi dengan orang Utara Semenanjung la tu kan. Mana de, setau aku arwah nenek aku orang Banjar paling lembut aku pernah jumpa. Adik beradik arwah pun sama, lembut je cara bercakap, sopan jer (damn! aku tak sesopan itu! ;( ).

Ye, Banjar sekarang rasanya macam aku le kot kan. Setakat tahu. Respect orang Jawa, contoh makcik aku kat Banting, adik beradik dia mai cakap Jawa woooo, nama pun Jawahil, penuh ciri2 Jawa kan. Tapi bila sampai kat sepupu aku, mmmmmm, fail, macam aku jugak, Jawa kat nama jer.



No comments: