15 October 2011

~Bagi Penuh Beg Mekap #1 : Oktober~


Akhirnya aku beli jugak VCO ni Sabtu lepas. Kiranya dah seminggu la aku makan VCO. So far so good. Rasa lembap skit kulit muka aku. Harap2 skin problems aku boleh reduce le. Aminnnn! Dah lama nak try. Teringin lama2 nak buat pe gak kan kalau tak terus beli. Harganya RM39.90. Boleh beli online je. Ramai dah jadi agen jual VCO ni. Korang boleh check kat sini pasal VCO.

FUNGSI DAN KHASIAT VCO by Catalyst

kegunaan luaran

i) dapat mengurangkan berat badan
ii)melembut dan mengurangkan kekeringan
iii) menghasilkan tenaga dan sentiasa segar
iv)mengatasi masalah kulit berminyak

kegunaan dalaman

i)mencegah risiko penyakit jantung& kadar kolestrol tinggi
ii)mengurangkan perasaan mudah lapar
iii)melancarkan kitaran haid
iv)melegakan pernafasan
v)membaiki kadar pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
vii)sebagai agen pelincir dalam hubungan suami isteri

Kredit : CIKSUCATALYST



Biore UV Aqua Rich ni plak aku beli Selasa lepas kat Watson. Ni sunblock la. Harga RM27.96. Tak heavy sangat, lembut je plus ada effect sejuk. Sunblock ni water based ye. So sesuai untuk awek2 berkulit berminyak. Kulit aku ni combination plus sensitive. Kadang2 kering, kadang2 cepat sangat berminyak. Water based sesuai untuk aku. Setakat ni aku pakai pergi kerja. Ye la, tempat keje aku mana ada aircond, panas beb. Tambah2 mengajar sesi petang, gelap kulit mak nyah. Oh, lupa cakap. Biore jenama terbaik untuk sunblock. Aku tak kata ye, ni aku baca kat plastik yang melekat kat botol sunblock tu time aku beli. Tu mempengaruhi gak la untuk aku tergoda nak try ni. Hahaha. Plus, Fyna pun guna sunblock jenama ni tau!







Aik! Macam terbalik plak susunan gambor2 nih. Blasah jer! Ni BB cream. Best weh! Nama dia Super plus Beblesh Balm(BB) VIP Gold Collection 15g for whitening, UV protection SPF25 and wrinkle improvement. Ni produk Skin79, pun beli kat Watson. Alamak, lupa harga. Rasanya tak lebih RM30 sebab ada sale. hehehe. Tak heavy langsung weh! Coverage pun quite good. Texture lebih ringan daripada BB aku sebelum ni. Love it! Beli awal Oktober sebab ada sale dan tergoda amoi tu cakap best dan try kat tangan ''oh! lembutnya." so try plak kat cheek dan teruk ambil pergi kaunter.Botol dia lawa kan ;)



Moisturizer Cream Skinz UVwhite Radiant-Gene Activator. Beli di Guardian. Yang ni tak tunggu sale. Bila rasa kulit menggerutu dan kering, rasa nak tukar krim pelembap. Sebelum ni try macam2 gak dari Safi, Hazeline Snow etc. so, kali ni nak try ni plak. Ni pun lupe harga la. G check kat Watson or Guardian la ye ;P Sangat moist dan cepat meresap. Lepas beberapa jam masih tak tukar muka aku jadi berminyak macam nak goreng ikan. Ni la yang aku suka. Sebelu ni ada guna pelembap, tapi lama2 muka aku jadi berminyak. Tak sesuai kot. Pakai best tapi bekas tak best. Tengok la, besaq gedabak bekas lutsinar tu tapi isi ciput je kat tengah2. Tukar bekas yang lebih kecil dan compact more practical kot. Senang nak masuk beg kalau travel. Memandangkan aku suka moisturizer dia, so, abaikan je la bekas besaq tu!




OK! Dah 4 items dulu. Ni 1st edition. Ingat nak sambung lagi (kalau ada orang suka baca la :P)


Oh, contest! Rasanya aku akan buat bila cuti sekolah bermula k :)

So, be good. Happy weekend ya all. Esok aku sekolah le.....Nite. Tata!

No comments: