Baru tamat membaca novel karya Lt.Kol.Mohd Radzi Abd Hamid. Sekali pegang dah tak lepas2. Start baca kul11 malam, tamat kul 10 pagi. Tu pun lepas tak sedar diri tidur kul berapa tah malam tadi sebab lampu bilik tak ditutup sampai ke pagi.
Silalah warga Malaysia yang mengaku cinta negara cari novel ini. Novel ini cetakan DBP, katanya dah hanpir kehabisan stok. Adakah DAWAMA nak cetak lagi?
Aku sudah baca tapi Ida punya. Niat hati nak beli dan simpan jadi koleksi peribadi. Aku sangat kagum dengan tentera dulu2. Tabik Tuan! Semangat cinta negara sangat tinggi sampai kalau kena tembak, muka dah pucat, berpeluh 1 badan pun masih angkat senjata dan tembak musuh. Aku kagum. Walau pun aku bukan barisan depan memegang senjata, tak tau kerja2 tentera, tapi bila baca novel ni rasa macam aku ikut platun pergi bertempur! Seriau!
Nak tengok Lt.Kol ini baca sajak, baca puisi? Sila ke link ini.
Oh, bagi yang tidak tahu, novel ini dah didramakan. Tapi bila jadi drama agaknya banyak penambahan dibuat la kan. Aku baru tengok 2 episod belakangan ni la, yang sebenarnya dah tunjuk hingga episod 8. Siaran TV2 9.00 malam PLATUN HARIMAU. Sapa suka Zulhuzaimi berlakon sila angkat tangan? Hah, memang Zulhuzaimi la yang berlakon. Tapi kena sabar sebab ada Norman Hakim yang aku tak minat :P
*Teringat Cikgu Zul yang mengajar aku masa Darjah 6 dulu. Sangat suka kalau dia mula cerita zaman dia dalam team komando. Paling tak boleh lupa dia cerita melapah ular sawa wat makan sebab dah takde stok makanan. Ngeri! Coz, I hate snake!!!!
* Rasanya sejak jadi makin 'tua' ni, novel cinta2 makin tak pandang la. Tiba2 balik ke mode 'I love Sejarah' dan 'sayang Ramlee Awang Murshid' jer. Hahahaha. Bayangkan aku mengajar Sejarah, semangat habis rasanya, tapi till now tak de peluang tu lagi -__-
No comments:
Post a Comment