Orang g enjoy tengok wayang ke, makan2 ke,
Actually, aku shopping buku kat DAWAMA. Korang tau kes pekerja2 DAWAMA yang diberhentikan kerja secara paksa tuh? Masuk berita beberapa bulan lepas. Hampir 400 orang. Cian kan. Salah seorangnya husband kawan aku kat sekolah.
Memandangkan aku pergi hari Jumaat sebelum masuk sekolah, tak sempat la nak kelebek2 tiap2 tajuk buku dalam kedai tu. Tambahan plak diorang nak tutup awal p solat jumaat. Sempat sembang dengan beberapa orang Encik kat dalam tu. Aku beria2 panggil Encik skali depa sembang pakai cakap pakcik2 jer. Aku rasa ni tinggal yang pekerja senior2 kat DAWAMA tu je.
"Biasa la nak oi. Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk tersepit kat tengah2."
"Tau citer ni kan. Sekarang tinggal kami yang berapa belas ni je la. Kami le angkut stok kat stor, kami la cashier etc."
Cian aku tengok muka pakcik tu sorang2. Sedih jer! Agak2 dah berapa lama diorang keje kat situ?
"Tak tau le lepas ni keje apa plak :( ''
Sekarang kan dah susuah nak dapat keje. Graduan ramai, so takkan nak pandang pekerja2 kategori umur 40an-50an yang datang mintak keje ni.
"Amboi, banyak borong. Keje pe nak?"
"Cikgu''
"Oooo. Cikgu Sains la ni. DNA, Genetik....Sekarang glemer ni kat TV. Hehehe."
"Haah :) "
"Ni kalau anak murid tanya ni macamana nak jawap ye? Budak2 makin advance plak sekarang ni. Kang tanya LIWAT tu hape? Susah nak jawab gak le ye. Orang sekarang dah tak tau malu kan. Slumber je muka sorang2 masuk TV, takde cover2 dah."
"Haah. Tu le pasal."
"OK. RM116."
Nak tengok hasil dengan RM116 ari tu??????
Yup! Korang kena percaya, tu la hasil dengan RM116!
No comments:
Post a Comment