25 July 2011

~Me as Japanese Language Teacher?~

Hari ni aku ada interview Kursus Bahasa Jepun 12 minggu di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai. Dapat interview sesi ke-2 pukul 11.00 pagi. Tapi pasal pengurusan masa yang agak.....mmmmm.....(anda patut paham maksud mmmmm di sini) untuk sesi pertama, pukul 12.30 tengah hari baru mula test untuk sesi 2.

Mendengar 'auta' cikgu sesi 1 yang cakap ada test fully in Japanese Language tu kami dah kecut. Ye la, tak de basic langsung pasal tulisan Jepun melainkan pernah dengar bahasa ini dalam cerita Jepun dan Naruto kesayangan. Padahal, itu auta ye! Test itu memang selayaknya untuk orang2 yang tak ada basic Jepun. Test kenalpasti ketidaksamaan bentuk tulisan standard sekolah rendah tetapi up the level skit sebab tu tulisan pusing-kerekot-pintal Jepun. Test tu kena jawab dalam masa 3 minit ye kawan2. Berapa pages ye? Rasanya 3 pages. Nervous punya pasal berapa pages pun lupa ye :P

Rehat untuk makan. sambung semula 1.45 petang. aku orang ke 3 sesi ke-2. Banyak sembang je masa interview. Alhamdulillah boleh jawab walau mula2 agak nerbes le, after 5 years tak de interview bagai ni kan. I did my best, so, just wait for the result :)

Out of 100+ teachers applied, depa nak 15 orang jer untuk menjalani kursus 12 minggu then terus sambung 1 year course at IPG plus 2 months at Japan. Tu yang I cukup teruja tu! Senang ke nak dapat peluang further study for free macam ni?Dah dapat, grap je la kan. Wish me luck kawan2.

Oh, tapi wat happen if aku dapat kursus ni, apa jadi kat subjek major minor aku tu ye? Dah le aku tak pernah ajar major aku lagi. Nanti plak aku mesti rindu Biologi. When that time comes, aku further study lagi la kan. Insyaallah :)




So, me as Japanese Language teacher? Why not kan. Aku masih guru walau pun bukan guru Sains. Masih boleh sumbangkan bakti dan gives all my passion through this subject plak kan. And, after kursus tu aku bleh tengok Naruto tanpa subtittle kan. Hahahaha.


Oh ye, tak de gambar. Kalau dapat sambung aku letak gambar ye ;)

No comments: