22 July 2011

~Bahaya bermula dari telefon bimbit~


Terjadi pada seorang wanita yang kehilangan beg tangan kerana
kecurian dalam satu tempat kejadian. Beg tangannya itu yang mengandungi bimbit, kad kredit, dompet, dan sebagainya telah digunakan oleh pencuri itu untuk tujuan lain pulak.

Kira-kira 20 minit kemudian, apabila dia menghubungi suaminya dari sebuah telefon memberitahunya apa yang telah berlaku, suami beliau berkata, "Saya baru sahaja menerima SMS anda bertanya tentang nombor pin kami dan saya telah menjawab sebentar lalu."

Apabila mereka bergegas turun ke bank, kakitangan bank itu memaklumkan kepada mereka kesemua wang tersebut telah dikeluarkan dari mesin ATM.

Pencuri itu sebenarnya telah menggunakan telefon bimbit yang dicuri menghantar SMSpada nama"hubby" dalam senarai nama telefom bimbit itu dan menyamar untuk dapatkan nombor pin. Dan seterusnya, beliau telah cash-out kan semua wang dari akaun bank.



Apa yang perlu buat : Jangan mendedahkan hubungan antara anda dan orang-orang dalam senarai nama kenalan anda. Elakkan daripada menggunakan nama-nama sepertiHome, Honey, Hubby, Sweetheart, Dad, Mom, dan sebagainya.

Dan yang paling penting, apabila ada pertanyaan sensitif ditanya melalui SMS,sentiasaMENGESAHKAN dengan memanggil atau buat Call kembali untuk dengar suara untuk tahu siapa sebenarnya.

Selain itu, apabila anda terima SMS oleh rakan-rakan atau keluarga untuk bertemu dengan diaorang di suatu tempat, pastikan untuk Call semula untuk mengesahkan bahawa mesej yang di terima itu dari mereka.

Jika dia tidak mengangkat, perlu berhati-hati pergi ke tempat tersebut bersama-sama kenalan atau sesiapa sahaja orang yang anda rasa boleh dipercayai.




credit to Kiki