31 January 2014

~Ujian Kompitensi ICT~

Wahai warga pendidik. Ingat lagi Ujian Kompitensi ICT BPG KPM yang kita kena ambil tahun lepas. Berpinau biji mata. Soalannya banyak dan kaw2 juga.

Nak tahu keputusan anda?

Sila klik di sini.

~HiGOAT pilihan saya~

Alhamdulillah, sejak hilang muntah2 masa trimester, aku minum susu kambing. Dulu aku pernah try minum masa zaman anak dara. Jenama lain la. Tak tahan. Bila air suam makin sejuk, baunya, Ya Allah. Sampai minggu ke 24 ni aku dah masuk kotak yang ke-4. 1 kotak ada 15 sachet. 

Susu kambing HiGOAT premium kurma madu ni tidak berbau sebab dah kena "potong" dengan bau kurma dan madu. Ada HiGOAT original dan HiGOAT Kopi Spirulina. Dah try ketiga2nya tapi paling suka kurma madu ni. Sapa suka kopi boleh try HiGOAT kopi spirulina :)

Susu kambing minuman sunnah nabi. Banyak kelebihannya. Lagipun sangat sesuai untuk ibu mengandung, insyaallah boleh mengelakkan anak terkena demam kuning. Syaratnya, minum sejak awal mengandunglah. Bukan minggu depan dah due baru nak try minum. Setakat ni ada beberapa kenalan yang sahkan kesahihan minum susu kambing, anak tak kena kuning. Mencuba apa salahnya. Sejak mengandung, perut aku reject susu tepung berasaskan lembu. Klinik bagi Anmum dan apa2 lagi jenama pasaran yang aku tak ingat. Bila minum, aku muntahkan balik. Makanya, perut dan tekak terima susu kambing aje. Lagi bagus, kan.

Cara penyediaan:
  • Masukkan HiGOAT dalam cawan/mug
  • Tuangkan 200ml air suam
  • Kacau perlahan
Guna air suam ye. Particles susu kambing tak sesuai dengan air panas. Hilang khasiatnya.

Selepas guna 3 kotak, aku rasa kulit muka makin elok. Nak kata cantik tu macam riak pulak ye. Sebelum ni muka aku kusam dan berparut. Sekarang makin berseri2 kata anak murid aku, "cikgu sekarang makin cantik." Rdha, dulu tak cantik ke? Hehehe. Kulit muka makin lembab. Tak pakai mekap berkati2 pun ok. Aku cuma pakai pelembap dan bedak saja sekarang. HiGOAT kurma madu sesuai dimunum waktu pagi.Kesannya, kita lebih bertenaga. Sama macam kenapa kita disarankan makan kurma waktu sahur. Tenaga dari kurma tersimpan lama, kita kurang letih.



Tinggi protein
Tinggi calcium

Tanpa gula
Premium kurma dan madu


KELEBIHAN KURMA DAN MADU:

Vitamin A dan niasin yang terkandung dalam madu membantu membentuk dan memelihara kulit. Madu juga kaya dengan riboflavin dan thiamin yang membantu melepaskan tenaga daripada makanan dan karbohidrat. Ia juga baik untuk sel-sel saraf dan fungsi jantung. Manakala kurma pula mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium, kalsium dan kalium yang sangat diperlukan oleh tubuh.

UNTUK KEKUATAN TUBUH:


  • Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
  • Memulihkan sel-sel urat besar.
  • Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
  • Merangsang tenaga batin
MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH:
  • Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah
  • Membersih lapisan darah dan darah menjadi bersih
  • Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif
  • Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah




30 January 2014

~Mommy tembam~

Mommy-to-be at her 24th week.

Bam2 bangat kan???

~Dekorasi bilik study~

Assalamualaikum,

Mood mengemas datang petang ni. So, ruang bilik bawah yang aku cadang nak jadikan bilik study-menjahit-playroom mula di'projek'kan. Aku xde ikut mana2 design dalam majalah ke apa. Guna bahan2 yang dah ada. Mari kita lihat transformasinya.

Ni ruang yang akan dimanfaatkan. Meja study sejak bujang dari rumah sewa dulu. Nak gunakan ruang yang kecil je sebab bilik ni nak digunakan untuk 3 tujuan. 

Ini selepas kejadian. Yang blur tu kalendar solat yang terbang2 ditiup kas angin. Abaikan kipas, toto, tv tu sebab ruang sebelah sana masih macam 'stor'. Hehe. Al-maklumlah, mak buyung masuk rumah baru. Kerja kemas mengemas ni jadi lambat bebenor.

Terdapat meja tulis dan 2 rak buku memonopoli ruang study. Kertas kadboard hitam tebal aku guna sebagai base untuk lekatkan gambar. Kertas tu lebihan aku beli untuk diy kerja kawen dulu. Atas meja ada rak untuk alatulis, bekas pen, kalendar dannnnn koleksi Hello Kitty kesayangan aku. Hehe.

bawah meja ada tong sampah kecil dan artwork diy untuk guest and photo booth majlis resepsi aku dulu. Belum ada idea nak letak mana. 

Jam aku letak dalam bakul bunga tu dulu sementara nak tunggu cakuk kat dinding tu betul2 kuat melekat. Rak tu ada printer, A4 paper dan baku untuk sembunyi bahan kecil2. Rak besar tu masih kosong. Niatnya memang tak nak bagi penuh macam sebelum ni kat rumah sewa. Serabut aku tengok. Atas rak aku letakkan cermin panjang, lampu tidur dan hisan. Konon deko penyeri rak tu la. Hahahaha. Boleh gitu? Kat paling kanan tu aku ada 3 meja jepun. 2 aku punya, 1 my husband punya. Dulu kan bujang. Meja jepun memang selalu digunakan. 

Karpet tu boleh digunakan sebagai alas solat kalau malas nak naik solat kat bilik atas. Mak buyung balik keje pasni sure masuk melepak kat bilik ni sebab dah ada rupa bilik, bukan lagi 'stor' ;P

Pandangan dari sudut sebelah dalam bilik. 


So, amacam? 


29 January 2014

~Persediaan kelahiran bayi: apa nak beli?~

Assalamualaikum.
Survey kat blog mummy mummy-to-be, barang2 apa yang perlu disediakan untuk menyambut bayi baru. Pernah ikut adik bongsu aku beli barang2 baby last few month, jadi tak tahan plak tnvk baju comel2. Takut overbudget beli baju je, padahal tahu baby cepat besar. Hehe.
So, tengok2 blog dan online shop, jumpa la QQ BABY SHOP . Syoqnya jamu mata. Online shop ni ada bagi checklist untuk persediaan ibu2 yang macam aku kot yang zero pengetahuan pasal baby. Apa perlu dibeli. Dan dapat juga checklist dari blog Dunia Kami . So, tambah tolak, dapatlah checklist ini.
Moga checklist ni membantu ibu2 lain juga :)
KEPERLUAN BAYI:
A) PAKAIAN:
1. 5-6 pasang baju lengan panjang dan pendek.
2. 2-3 pasang sarung tangan dan kaki.
3. Topi
4. Selimut
5. Kain lampin/diapers newborn (nak cari cloth diapers. Ada cadangan mana boleh beli?)
6. 5-7 barut
7. 2 tuala
8. Raga/bakul
9. Tikar getah/mengkuang
10. Beg baju
11. Sapu tangan
12. Krim ruam diapers
13. Safety pins
B) PENYUSUAN:
1. Botol susu
2. Puting
3. Berus botol susu
4. Bekas simpan botol susu (Warmer)
C) KEPERLUAN TIDUR:
1.Bantal
2. Tilam
3. Sarung bantal tilam
4. Katil (optional)
D) MANDIAN:
1. Sabun bayi
2. Syampu bayi
3. Sikat
4. Losyen/baby oil
5. Putik kapas
6. Bedak
7. Besen
8. Bakul alat mandian
E) KEPERLUAN JALAN2:
1. Baby car seat
2. Stroller
F) LAIN2:
1. Minyak kembung perut
2. Tisu lembap
3. Pemotong kuku
4. Hanger
5. Sabun basuh
KEPERLUAN IBU:
A) PAKAIAN:
1. Baju (sesuai menyusu)
2. Kain batik
3. Jamu/ makanan kesihatan
4. Pad bersalin
5. Stokin tebal
6. Sapu tangan
7. Selipar
8. Bengkung
B) MAKANAN/JAMU:
1. Susu
2. Pil tambahan kesihatan
3. Jamu bersalin
C) PENYUSUAN BADAN:
1.Bra menyusu
2. Bantal menyusu
3. Pad payudara
4. Pam perah susu (tengah survey  MEDELA)
5. Poncho menyusu (apa ni?)
D) LAIN2:
1. Bidan/tukang urut
2. Batu tungku
3. Buku panduan kelahiran
4. Buku panduan nama2 bayi
5. Minuman 3 in 1*
6. Biskut/roti/cereal*
7. Buah*
* confinement period
Ada apa2 yang tercicirkah? Mohon tambahbaik.

~Week 23: nak beli tilam kekabu @ span @ foam? ~

Alhamdulillah. Menikmati hari2 mengandung, melayan gerak2 anak dalam rahim; boleh senyum sorang2 ye. Masa minggu 19 pergi scan, macam dah nampak jelas jantinanya, detik hati pun memang membawa jantina itu. Tapi sejak seminggu ni tiba2 rasa macam, eh, was2 plak. En. Suami agak yakin jantina itu. Nampak katanya sambil senyum2. Hehehe. Bahagianya. Esok g scan lagi, kalau tak ada hal la.

Alhamdulillah, demam sejak Khamis lepas makin ok. Selsema dah hilang, batuk ada lagi sikit2. Mummy demam, baby pun demam gak kan. Sejak demam baby jadi kurang aktif. Kalau tak baby asyik pusing2, mengeras, tendang2 (main bola sekali kot), bila demam tenang sikit. Cian baby. Mummy risau kalau baby kurang gerak, kalau aktif macam main bola mummy tau baby sihat. Hehe.

Memandangkan kesihatan makin baik dan kurang lemau dari 1st trimester, macam2 plan ada dalam kepala. Mula survey barang2 yang perlu dibeli. Beli sikit2 tak la rasa berpinau mata tengok cash mengalir keluar kat kedai2 baby, ye tak :P

Ha, ada 1 persoalan nak share. Pernah share kat FB. Respon positif. Nak beli tilam bantal baby daripada kekabu atau span atau foam? Ibu2 yang ada pengalaman atau mommy-2-be, boleh la share ye.

Week 11

Week 12

Week 19

16 January 2014

~PBS Tingkatan 3~



Semua tahu yang PMR dah berakhir tahun lepas. Pelajar Tinkatan 3 tahun ni terus dengan PBS. Aku ajar Sains Tingkatan 3. Ni projek pertama untuk band 6. Nak tengok performance budak2, ok ke tak, mudah terlibat dengan aktiviti yang kita buat ke tak.

So far, ada kelas yang bersemangat dan ada yang kurang. Biasa la kan. What do we expect?

Aku mengajar 3 kelas Tingkatan 3 dan 1 kelas Tingkatan 5, semua kelas Sains.

Kelas 3A1 dah settle buat model dan bentang, semua dah hantar.

3A3; pelajar perempuan lebih excited berbanding pelajar lelaki, ramai lagi tak hantar model.

3A4; kelas terakhir, tak sangka suka kerja2 hands-on. Belum mula projek model tapi aku mula dengan buku skrap. Walaupun semuanya aku yang kena sediakan dari paper lama, kertas A4, gam, budak2 ni excited plak cari bahan. Cari gambar2 yang ada kaitan dengan pencemaran udara untuk soalan band 6 bab 1. Mula2 tak pandai nak cari, aku bagi paper lama boleh diorang kata tak ada langsung gambar pasal pencemaran udara? Tak dapat sebab dalam otak nak cari gambar kebakaran, gambar rokok. Gambar kereta tersangkut dalam jem, orang berbasikal, Komuter, LRT tak ada kaitankah aku tanya? Ambil masa juga nak faham, tapi hasilnya, dah bunyi loceng tamat masa pun dok syok gunting gambar lagi. Sampai kena jemput dengan cikgu KHB yang ajar lepas waktu Sains.

Maka, jangan judge budak. Tak bermakna belajar di kelas hujung kita susah nak jaga, susah nak ajar. Tak bermakna jugak yang belajar kelas depan semua bagus. Jangan sesekali label kelas hujung mesti teruk, kelas depan mesti bagus, tak juga. Tiap orang kan berbeza2. Yang penting, guru mengajar dengan ikhlas penuh kesungguhan. Budak boleh nampak tu.

Sungguh terharu, tahun lepas anak murid kelas sederhana aku ramai yang skor A dalam Sains PMR termasuk anak sorang rakan guru. Dia cerita anak dia masih tak boleh percaya dapat Sains A. "Apa ko buat Fiza sampai kelas 3A2 ramai dapat A ni?", tanya kawan aku tadi. Senyum je la, alhamdulillah. Sesungguhnya bila kita brsungguh2 mengajar, mendidik perkataan yang sebetulnya, insyaallah akan ada hasil.


12 January 2014

~My HTC~

My new handphone. HTC Desire 501. Selalu akan terbeli yang bukan target. Huh! Perempuan, tengok cun sikit mula berubah hati. Hahaha. Susah betul nak buat pilihan.

Nak smartphone yang ada kamera yang cun dan display yang gempak. Tapi paling penting dual sim. Dah xlarat nak jaga 2 handphone, selalu ada yang tertinggal. Setakat ni, i love it! Tak habis explore lagi. Kamera 8mp, display cantik, maka nampak cantik. Aku kan kaki tangkap gambar terutama gambar kucing2 kami dan tak lupa gambar makanan. Hahaha.

Perempuan sure suka HTC ni sebab warna PINK! Mula2 nak letak cover putih, tapi memandangkan putih cepat kotor walaypun dia cun, aku tukar ke merah.

Ni la kesayangan baru saya, kaki gadget :)

08 January 2014

~Toy baru~

Jeng3.

Baru dapat toy baru tadi. Sebenarnya En. Suami dah request sejak tahun lepas tolong belikan since ada cikgu kat sekolah yang jadi dealer pemanggang ajaib IKAN ni. Tapi sebab kehabisan stok, kena tunggu dulu. Pastu lama2 macam dah lupa sikit sejak kesibukan akhir tahun melanda. Awal tahun ni kakak dealer ada tanya pasal pemanggang ajaib dan memang dia nak p ambil stok. Apa lagi....

Harganya RM105. Harga dealer. Pemanggang ni dah lama. Sekarang dah ada generasi ke-3 dah pun. Aku baru nak beli yang ni kan. Hehehe. Harap2 masa aku pantang nanti memang berguna sangat kat suami.

07 January 2014

~Rumah baru kami~

Alhamdulillah, sudah 1 minggu tinggal di rumah baru. Dari kosong, zero, dah berisi sikit2. Tak sempat nak snap gambar. Nanti bila dah ada masa senggang sikit, akan diupload.

Balik kerja semalam, masuk rumah terus.....yeh! Dah ada Astro Beyond. En.Husband cakap pasang pagi tadi. Bleh la layan Projek Memikat Suami. Aku suka sangat novel tu. Tapi, as usual, novel mesti lagi best daripada series. Standard!

Rumahku, syurgaku. insyaallah.

Kandungan dah masuk 5 bulan. Tapi mendapat komen ramai, baby bump kecik. Biasa la, mengandung sulung kan. Badan aku pun bukan besar sangat, petite.

Take care baby.