31 January 2014

~HiGOAT pilihan saya~

Alhamdulillah, sejak hilang muntah2 masa trimester, aku minum susu kambing. Dulu aku pernah try minum masa zaman anak dara. Jenama lain la. Tak tahan. Bila air suam makin sejuk, baunya, Ya Allah. Sampai minggu ke 24 ni aku dah masuk kotak yang ke-4. 1 kotak ada 15 sachet. 

Susu kambing HiGOAT premium kurma madu ni tidak berbau sebab dah kena "potong" dengan bau kurma dan madu. Ada HiGOAT original dan HiGOAT Kopi Spirulina. Dah try ketiga2nya tapi paling suka kurma madu ni. Sapa suka kopi boleh try HiGOAT kopi spirulina :)

Susu kambing minuman sunnah nabi. Banyak kelebihannya. Lagipun sangat sesuai untuk ibu mengandung, insyaallah boleh mengelakkan anak terkena demam kuning. Syaratnya, minum sejak awal mengandunglah. Bukan minggu depan dah due baru nak try minum. Setakat ni ada beberapa kenalan yang sahkan kesahihan minum susu kambing, anak tak kena kuning. Mencuba apa salahnya. Sejak mengandung, perut aku reject susu tepung berasaskan lembu. Klinik bagi Anmum dan apa2 lagi jenama pasaran yang aku tak ingat. Bila minum, aku muntahkan balik. Makanya, perut dan tekak terima susu kambing aje. Lagi bagus, kan.

Cara penyediaan:
  • Masukkan HiGOAT dalam cawan/mug
  • Tuangkan 200ml air suam
  • Kacau perlahan
Guna air suam ye. Particles susu kambing tak sesuai dengan air panas. Hilang khasiatnya.

Selepas guna 3 kotak, aku rasa kulit muka makin elok. Nak kata cantik tu macam riak pulak ye. Sebelum ni muka aku kusam dan berparut. Sekarang makin berseri2 kata anak murid aku, "cikgu sekarang makin cantik." Rdha, dulu tak cantik ke? Hehehe. Kulit muka makin lembab. Tak pakai mekap berkati2 pun ok. Aku cuma pakai pelembap dan bedak saja sekarang. HiGOAT kurma madu sesuai dimunum waktu pagi.Kesannya, kita lebih bertenaga. Sama macam kenapa kita disarankan makan kurma waktu sahur. Tenaga dari kurma tersimpan lama, kita kurang letih.



Tinggi protein
Tinggi calcium

Tanpa gula
Premium kurma dan madu


KELEBIHAN KURMA DAN MADU:

Vitamin A dan niasin yang terkandung dalam madu membantu membentuk dan memelihara kulit. Madu juga kaya dengan riboflavin dan thiamin yang membantu melepaskan tenaga daripada makanan dan karbohidrat. Ia juga baik untuk sel-sel saraf dan fungsi jantung. Manakala kurma pula mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium, kalsium dan kalium yang sangat diperlukan oleh tubuh.

UNTUK KEKUATAN TUBUH:


  • Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
  • Memulihkan sel-sel urat besar.
  • Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
  • Merangsang tenaga batin
MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH:
  • Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah
  • Membersih lapisan darah dan darah menjadi bersih
  • Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif
  • Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah




2 comments:

Zuraidah Butang said...

sy pernah minum hi goat dengan madu...rasa mcam cendol...hehe

Fiza Kushina said...

Ye ke? Saya suka yg ni sbb x manis sgt