30 January 2014

~Dekorasi bilik study~

Assalamualaikum,

Mood mengemas datang petang ni. So, ruang bilik bawah yang aku cadang nak jadikan bilik study-menjahit-playroom mula di'projek'kan. Aku xde ikut mana2 design dalam majalah ke apa. Guna bahan2 yang dah ada. Mari kita lihat transformasinya.

Ni ruang yang akan dimanfaatkan. Meja study sejak bujang dari rumah sewa dulu. Nak gunakan ruang yang kecil je sebab bilik ni nak digunakan untuk 3 tujuan. 

Ini selepas kejadian. Yang blur tu kalendar solat yang terbang2 ditiup kas angin. Abaikan kipas, toto, tv tu sebab ruang sebelah sana masih macam 'stor'. Hehe. Al-maklumlah, mak buyung masuk rumah baru. Kerja kemas mengemas ni jadi lambat bebenor.

Terdapat meja tulis dan 2 rak buku memonopoli ruang study. Kertas kadboard hitam tebal aku guna sebagai base untuk lekatkan gambar. Kertas tu lebihan aku beli untuk diy kerja kawen dulu. Atas meja ada rak untuk alatulis, bekas pen, kalendar dannnnn koleksi Hello Kitty kesayangan aku. Hehe.

bawah meja ada tong sampah kecil dan artwork diy untuk guest and photo booth majlis resepsi aku dulu. Belum ada idea nak letak mana. 

Jam aku letak dalam bakul bunga tu dulu sementara nak tunggu cakuk kat dinding tu betul2 kuat melekat. Rak tu ada printer, A4 paper dan baku untuk sembunyi bahan kecil2. Rak besar tu masih kosong. Niatnya memang tak nak bagi penuh macam sebelum ni kat rumah sewa. Serabut aku tengok. Atas rak aku letakkan cermin panjang, lampu tidur dan hisan. Konon deko penyeri rak tu la. Hahahaha. Boleh gitu? Kat paling kanan tu aku ada 3 meja jepun. 2 aku punya, 1 my husband punya. Dulu kan bujang. Meja jepun memang selalu digunakan. 

Karpet tu boleh digunakan sebagai alas solat kalau malas nak naik solat kat bilik atas. Mak buyung balik keje pasni sure masuk melepak kat bilik ni sebab dah ada rupa bilik, bukan lagi 'stor' ;P

Pandangan dari sudut sebelah dalam bilik. 


So, amacam? 


7 comments:

Fizah said...

ahaiii gigih ibu mengandung mengemas ...hehe..hasilnya pastilah kemas tersusun dan efektif! yay!! =)

Fiza Kushina said...

Tidaklah melepak sana sini lagi bila nak buat kerja.hehe

shima said...

kemas dan cantik

Fiza Kushina said...

Tq shima :)

JaJa_NoRLiza said...

memang btul2 gigih! gud job dear!

Fiza Kushina said...

Tq jaja. Bilik tu masih 50% rupa stor. Bleh buat skit2 pun dah cukup bsyukur :)

Juliza Sihatnatural said...

Wah...banyak jimat nih...ble la korek2 apa yg patut DIY kat bilik sdri plak

ada masa free...jom lawat blog saya...

www.sihatnatural.blogspot.com