Alhamdulillah. Menikmati hari2 mengandung, melayan gerak2 anak dalam rahim; boleh senyum sorang2 ye. Masa minggu 19 pergi scan, macam dah nampak jelas jantinanya, detik hati pun memang membawa jantina itu. Tapi sejak seminggu ni tiba2 rasa macam, eh, was2 plak. En. Suami agak yakin jantina itu. Nampak katanya sambil senyum2. Hehehe. Bahagianya. Esok g scan lagi, kalau tak ada hal la.
Alhamdulillah, demam sejak Khamis lepas makin ok. Selsema dah hilang, batuk ada lagi sikit2. Mummy demam, baby pun demam gak kan. Sejak demam baby jadi kurang aktif. Kalau tak baby asyik pusing2, mengeras, tendang2 (main bola sekali kot), bila demam tenang sikit. Cian baby. Mummy risau kalau baby kurang gerak, kalau aktif macam main bola mummy tau baby sihat. Hehe.
Memandangkan kesihatan makin baik dan kurang lemau dari 1st trimester, macam2 plan ada dalam kepala. Mula survey barang2 yang perlu dibeli. Beli sikit2 tak la rasa berpinau mata tengok cash mengalir keluar kat kedai2 baby, ye tak :P
Ha, ada 1 persoalan nak share. Pernah share kat FB. Respon positif. Nak beli tilam bantal baby daripada kekabu atau span atau foam? Ibu2 yang ada pengalaman atau mommy-2-be, boleh la share ye.
No comments:
Post a Comment