17 May 2013

~3x sebak~

Watch "Guruku Tersayang" on YouTube

Sebak yang pertama sebab anak murid aku kat 1KA nyanyi lagu ni pagi tadi untuk persembahan hari guru. Sungguh! Aku takkan tahan sebak tiap kali dengar lagu ni. Mula2 jumpa lagu ni kat youtube tahun lepas. 1st time dengar dah nangis. Cikggu sungguh emo. Lagu happy tapi liriknya so tauching. Hanya orang yang merasa situasi 'pernah mengajar' akan rasa lagu ini sangat menyentuh perasaan. Buktinya, tadi kawan aku nangis masa budak2 tu nyanyi. Tapi bila aku bagi tunang aku dengar mp3 lagu ni tahun lepas dia tak rasa apa2 pun. Dia bukan guru, maka dia tidak merasa. Aku yakin, guru2 yang dengar lagu ni kalau kuat semangat tak nangis, tapi aku tau dia rasa sebak dan air mata bertakung. Tak macho la air mata luruh depan budak! Ces!

Sebak ke-2, bila masuk ke kelas 1KA masa jamuan ada 2 orang murid perempuan yang panggil senyap dan cakap bisik2, "cikgu, selamat hari guru. Sorry, kami tak sempat beli hadiah untuk cikgu so kami bagi hadiah ni" sambil cium pipi aku yang tomnam ni. Terus rasa zasss! Dada tiba2 rasa penuh. Senyum cikgu, senyum. Padahal dalam hati. Waaaa! Cikgu terharu giler!

Sebak ke-3, tadi masa minum malam(ada ke?), each-a-cup dengan cik abang, aku dapat sms. Buka, tengok. Mak aih, panjang btoi! Messege dari anak murid yang aku rasa dekat jugak dengan hati aku. Tah la. Tengok dia aku macam nampak aku masa sekolah dulu kot. Hahaha.Azzahra Sophie. Dulu aku penah tulis pasal diakat sini. Dia ucap hari guru siap ada poem lagi, including watak2 manga dan character yang aku suka. Aku salin balik kat bawah ni untuk aku tengok balik nanti2. Dan aku terfikir, begitu kuatkah pengaruh aku ke atas dirinya? Sebegitu banyakkah aku memberi inspirasi padanya? Sungguh aku sebak terharu. Mujur ingat aku kat kedai makan masa tu :p

Assalamualaikum cikgu!!

Selamat hari guru. Semoga cikgu sentiasa tabah menghadapi cabaran sebagai seotang guru.
Saya ada poem khas untuk cikgu. Sebelum tu maaf lah kalau ada ayat yang berterabur tu :)

Teacher,
You inspired me a lot since you teached me
I've never thought that I will love Science
You always support me when I'm falling down
Like nothing impossible in our life
My inspiration.
You have a chubby face, like Hello Kitty
Ang pretty like Sakura
You are brilliant like Albert Einstein
And funny like Naruto.
Teacher,
I've never seen someone awesome like you
Thank you for being kind to me
Congratulations for your wedding
Hope you will be happy ever after with your future husband.

THE END.
YOU ARE THE BEST TEACHER FOR ME. Thank you ♥

Aduh, jika anda bukan seorang guru dapat merasa sebaknya, kami guru2 2x ganda rasa daripada anda.

Adakah aku salah untuk merasa terharu dan sebak di hari bahagia warga pendidik 16 Mei saban tahun?

Ye, aku sebak. Tapi aku bersyukur. Moga ucapan dan doa yang baik diperkenanNya. Amin

3 comments:

Lizzie Yasmin said...

Lagu apa, kenapa tak share kat sini?

ctZue said...

Selamat hari guru pijah

Fiza Noor said...

Tq Zue.
Liz: Lagu guru ku sayang. Lagu endon asalnya. Masa ari guru lepas bnyk dpa dok post kat fb.