28 April 2013

~Kenapa perlu menyusahkan orang lain?~

Sebelum ini pernah dengar kawan2 cakap2 orang Pejabat Kadi Daerah kerek. Sungguh! Aku pun dah kena. 3 kali aku p ulang alik sana kot Ipoh-Bandar Baharu-Serdang!

1) Alasan suruh aku balik sebab awal lagi. Tunggu sebulan nak nikah baru p. Aku p awal sebab aku nak nikah masa cuti sekolah kot. Lagi pun aku jauh. Bukan kerja 10 minit dari Serdang. OK, fine. aku balik. Borang aku sikit pun depa tak tengok, kot nak semak ke hape.

2) Ni minggu lepas aku p. Kata borang aku tak lengkap. Ada bahagian tak tandatangan. Kena balik lagi.

3) Ni tadi. Semak borang aku. Cakap tak cukup lagi 2 hari tempoh sebulan sebelum tarik nikah! WTF! Pastu, cakap aku tak fotostat surat ujian HIV. Mana ada tulis kat senarai semak kena fotostat???? Tersengeh2.
Pastu tanya aku anak ke berapa. Aku cakap le sulung. Tak abis cakap lagi ni "sulung yang ada". Cakap tak boleh proses borang sebab kena bawa surat nikah mak abah. Ni pun takde dalam senarai semak! Tau la takut kes anak tak sah taraf, takut nikah tak sah. Aku ada 2 abang yang meninggal, aku tak abis cakap dah potong! Dah 1 kerja suruh abah hantar surat nikah.
Nasib baik aku terfikir nak kol abah suh abah cakap dengan pegawai yang jaga kaunter tu. Abah cakap aku anak ke-3, abang meninggal.
Tu pun dok berkira2 nak approve borang aku sebab alasan kena tunggu lagi 2 hari baru boleh proses borang. Suara aku dah naik 2 oktaf.Nak suruh aku mai sini berapa kali? Penat tau tak nak ulang alik tapi tak dapat hasil. Dah kena sound macam2 baru nak proses.

Bukan tak boleh proses, tapi mengada2 nak tangguh2 jugak. Macam aku nak buat benda haram! Aku nak hantar borang nikah je kot.

Tu la orang kita. Benda elok nak disusah2kan. Nak menyusahkan orang. Tadi masa aku naik suara, ada lagi 1 pasangan yang kena balik gtu je sebab borang tak lengkap gak. Boleh tak bagi senarai semak yang betul?


Last, nak tanya....KENAPA NAK MENYUSAHKAN ORANG2 YANG DAH TERBUKA HATI NAK NIKAH????

2 comments:

gloria abdullah said...

Akhir zaman...
Benda baik disusahkan, benda haram dimudahkn.
Mmg patut kna sound staf kat kuarters tu.
Minta dorg buat senarai semak yg bru.

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

salam ukhuwah dari bunda