01 July 2012

~Dari China ke tanah tumpah darahku~


Sepagi di SMJK Yuk Choi untuk Pertandingan Amali Sains Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara 2012. Serius mengantuk menunggu students aku yang dua orang tu habis amali. Habis le aku khatam HIJABISTA aku. Loves the mag! Terasa berada di sekolah di Tanah Besar China! Bangunan antik warna simen, dewan pun antik giler. Tingkap kayu bulat. Ops, lupa amik gambar tingkap tu. Sudent akuu cakap 'tingkap comel'.

Petang aku balik kampung. Kena balik juga walau sebenarnya badan dah penat sangat. Highway jem teruk! Dari Jelapang-Kuala Kangsar-Bukit Gantang-Cangkat Jering. Aduh, semput kaki menekan brek. Kaki semput? Tak sesuaiiii.

Tapi yang 'best'nya, ada 1 Wira lama warna gold seronok dok cocok aku kat belakang.Nak potong, nak pecut la ni. Tak nampak le bangsa apa tapi aku yakin mata aku nampak bayang2 driver tu seorang lelaki. Ye, lelaki yang tak terkawal nafsu. Tapi boleh pikir tak bai, kereta semua dok tekan brek, kereta depan aku jarak sebuah bas je dengan enjin kereta aku. Kalau kau bagi high bim, double bim atau berapa kali kelip lampu pun, kalau la juga aku baik hati bagi kau memotong, mampukah kau memecut? Tak pun. Selepas agak reda jem dan ada ruang, aku pun tukar ke lane kiri membiarkan jantan rakus nafsu tak terkawal nak memecut tadi potong aku. Dua kereta berselang, ada Mini Cooper biru plat KL. Cool je drivernya. Takde pun kelam kabut macam Wira antik tadi yang asyik mencocok orang. Faham situasilah kalau nak cocok orang, nak memecut laju. Kalau highway dah jem, kereta jalan macam unta lapar tersengguk2, rasanya tak sesuai kot apa yang pemandu Wira tadi buat.Percuma saja aku buat dosa mem'bodoh'kan beliau! Astagfirullahalazim....

Kucing2 aku tengah bergembira main, makan, tidur di kampung. Ingat korang je ada kampung halaman, kucing aku pun ada tau :P


Gambar takde kaitan. Saja nak letak menunjukkan betapa gumbiranya kucing2ku dapat balik kampung. Hehe

No comments: