28 June 2012

~Terima kasih ya Allah~

"Betapa senang Beta punya hati. Betalah yang digelar Sultan Aminur-Rasyid."

Itu dialog cerita P.Ramlee tapi boleh di'apply' dalam kejadian hari ini. Tak sia2 berpuasa dan penat ke sana ke mari dengan niat menyiapkan kerja terbengkalai. Sabar....tahan je tadi nak je bukak puasa sebab rasa dah nak jatuh pengsan. Stress membuatkan aku cari makanan. Mujur tak termakan hasutan syaiton kan!

Semalam aku bermasalah mengakses web permohonan biasiswa pelajar atau ringkasnya SISPEB. Macam2 aku godek tukar segala security dalam laptop tapi apakan daya Allah dah tulis nak uji hari ini menambah dugaan guru ini yang berniat puasa Isnin dan Khamis (yang sebenarnya puasa wajib yang belum habis diganti).

Di sekolah hampir tidak berkesempatan langsung menghadap SISPEB. Agaknya dia merajuk sebab sepatutnya aku jenguk permohonan tu bermula 25/6 tapi aku hanya teringat mengaksesnya semalam. Di sekolah aku menjadi guru tingkatan terkejut menggantikan rakan guru yang masih MC kerana operation 2 bulan lepas. Manalah aku ingat tugas2 guru tingkatan mengejar markah daripada guru mata pelajaran kerana sejak di sekolah lama dah diterapkan guru mata pelajaran berpusu2 menyerahkan markah kepada guru tingkatan. Esok Hari Bertemu Waris, pagi tadi baru siap mengejar guru terakhir untuk masukkan markah, petang baru cop Pengetua untuk ditandatangan. Alamatnya, esoklah baru boleh photostat salinan.

Ganas betul tugasan hari ini. Dalam sibuk2 tu baru teringat kenapa aku tak uninstall dan install semua Internet Explorer tu? Mungkin ada masalah kan, siapa tahu. Maklumlah, pendrive yang dicucuk di PC sekolah begitu senang hati bermutasi dan membuat klon2 virus hingga ter'effect' ke laptop aku ni.

Selesai install dah reset semula semua security dan privacy....Ya Allah, boleh juga aku selesaikan masalah besar sejak semalam yang membuatkan aku makan besar juga semalam gara2 stress (lah konon!).

Sekarang dalam proses key-in data. Semuanya lancar kecuali Berukband Celcom aku ni yang kadangkala semput. Kasihan beliau TT_TT.

OK. Sambung kerja!

No comments: