28 June 2012

~SISPEB :saya ada masalah di sini~

Sepatutnya, selaku guru yang dedikasi (lah konon!), boleh menyiapkan 57 permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) secara online. Minggu ini sahaja, dibuka untuk guru2 SU Biasiswa Perak dan negeri2 se'zon' dengannya memohon BKP online yang lebih dikenali sebagai SISPEB. Aku guru yang baru memegang jawatan ni agak terkapai2, tambah2 guru sebelum ni dah berpindah. Nak bertanya pun semua melalui telefon (nasib baik genius zaman dulu cipta telefon kan).

Bila semangat naik memuncak, kul 8 malam lepas siap urusan membersihkan diri dan solat, gigihlah guru yang seorang ini nak key-in maklumat. HANYA BOLEH GUNA INTERNET EXPLORER ye untuk makluman. Punya la banyak search engine dalam dunia maya ni kenapalah KPM terfikir nak guna Internet Explorer je kan.

Tak tahulah ini masalah lappy aku atau semua orang alami masalah yang sama: TAK BOLEH KLIK IKON KALENDAR untuk maklumat tarikh lahir pelajar. Nak klik tak boleh, nak taip pun tak boleh. Telah merujuk guru biasiswa sebelum ini. Tahun lepas pun kes yang sama tapi masih boleh hantar permohonan. Tahun ini, jika tak lengkap satu data maka tak dapat disimpan dan dihantar. Makanya, gimana gue nak hantar 57 borang online tu?

Sesiapa di sini guru SU Biasiswa sekolah? Boleh tolong guru kecik ini?

No comments: