21 June 2012

~Kerja,kerja, kerja~

Last entry bila ye? Adoi, dah lupe le teman. Bukan tak ada idea, tapi malas nak taip. Balik sekolah je dah penat, terus pikir bantal, tilam, bantal, tilam. Hahaha.

Sejak buka sekolah semula tak ada istilah rehat lagi. Mungkin lepas ni lagi sebulan baru boleh balik kampung. Macam jauh je gayanya. Tiap2 sabtu bakal berada di sekolah. Kalau tak di sekolah sendiri pun, bakal bawa budak ke sekolah orang untuk pertandingan yang bermacam2 jenis tak termasuk perkhemahan KRS hujung bulan ni.

Buka sekolah terus jaga SPM(U). Mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat di luar sekolah. Sabtu ni sekolah ganti, minggu depan bawa budak ke Pertandingan Amali Sains Am, Hari Sukan Tahunan, Kursus Asas Fotografi (yang ni teman suke sangat!), dan Sabtu 1 Ramadhan juga sekolah ganti. Berderet2 5 minggu ada program hari Sabtu kan, kecuali fotografi tu le. Sapa kata cikgu banyak rehat? Cian kitorang tau. Oh ye, setiap petang minggu ini berkampung di sekolah untuk pra-sukan tahunan. Aku dah di'cop' untuk bahagian statistik, diorang kata pelapis baru statistik sebab 2 orang lagi dah terlalu lama dalam bidang statistik ni. Makanya, bermula tahun ni hinggalah aku dapat tukar sekolah, aku tetap dan berpencen muka orang statistik je la. Tepatkah pilihan sebab semua orang statistik bernama '-zah' : Rafizah, Farizah, Hafizah? Suratan atau kebetulan tu?

Dan lagi, aku saja2 buat post-mortem dengan budak2 3RK. Baru ambil alih kelas tu April lepas sebab cikgu asal dipindahkan sebab dah mengajar di SRC 22 tahun. Fuh, lama betul. Sengaja buat untuk tahu respon pasal p&p boleh diterima ke tak atau dok bandingkan aku dengan cikgu lama diorang. Nak baiki apa yang kurang juga la. Hampir 2 bulan mengajar, dapat la kenal yang diorang ni keanak2an. Macam masih tak sedar diri dah dekat sangat PMR tu nak datang tapi asyik dok main2 lagi. Aduh, kelas depan ni, bukan kelas belakang. Makanya, cikgu kena la tukar strategi mengajar. Antara respon yang aku dapat:






**Hehehe. Gambar tak rotate. Abaikan...


1 comment:

Salmiza said...

Camtu gayanya jd cikgu...naik sek je sibuk memanjang...