20 February 2012

~Isu Di Kantin Sekolah~

Duduk makan di kantin sambil dengar sesi 'berkongsi ilmu' dengan otai2 yang dah lama mengajar tunggu berpencen di sekolah ini. Sorang membentangkan tajuk perbincangan hari ini 'Budak Malas Buat Kerja'. Bila pengerusi majlis dah buka tajuk, maka bertubi2lah keluar isi perdebatan siap dengan huraian dan contoh agar pendengar lain lebih faham situasi yang dialami. Tiap2 hari tajuk berubah2, tapi masih berkisar tentang budak. Bila difikirkan balik, asas semua tajuk tu satu je, budak sekarang makin teruk!

Dari isu dan masalah, contoh dan solusi, aku suka dengar part solution tu je. Macamana nak handle budak tak mau hantar buku? Denda macamana yang lebih bagus? Macamana nak detect budak tu menipu? Macam2 ada. Yang paling aku ingat, aku suka, Ustazah K suh budak yang tak mau berhenti bercakap berdiri-duduk-berdiri-duduk sampai dia penat dan kalau dia nak duduk, Ustazah K suh nyanyi lagu patriotik. Salah sorang murid yang salah tu kena tulis lirik di whiteboard, pastu depa kena nyanyi, pastu kena translate lagu tu ke tulisan jawi. Merangkak2 deme! Pastu sure tak bising lagi kan.

Aku tak boleh terima Cikgu Z yang cakap kat students dia sebab dah tak tahan perangai budak tu. Memang budak tu salah jugak; malas buat kerja, cikgu cakap dia buat bodoh je siap boleh senyum2, jumpa kat kantin bleh suh Cikgu Z belanja macam takde buat salah kat cikgu tu je. Tapi cikgu, jangan la cakap ''kome ni saya doa fail je nanti!".

Aku dengar, aku senyum, aku tak sampuk. Ye la, otai cakap ma...kita diam sudah. Yang baik kita ambil buat contoh, yang tak baik kita......tak payah ikut.

Yang boleh ikut:

- denda berhemah
- tick nama students yang hantar buku ikut kategori- SIAP / TAK SIAP / TAK BUAT LANGSUNG.
-tulis setiap yang tak puas hati kat indeks buku latihan murid - PEMBETULAN / TAK LENGKAP / BAIK / LENGKAP / JUMPA SAYA dll.

Bagi aku, budak tak siap kerja tu biasa la.Aku ada pengalaman lagi teruk. Stakat tak siap kerja, takmau belajar tapi tak buat bising, tak ganggu orang lain; aku tak kisah. Jangan dia tak mau belajar tapi menyusahkan orang lain yang nak belajar dah la. Setakat 2 bulan ni aku liat sikit nak masuk 3A5 je. Kelas hujung, paham2lah. Nakalnya Ya Rabbi! tapi masih boleh dengar kata, masih buat kerja walau sebenarnya salin membuta tuli, faham sekejap tapi pas 10 minit dah lupa, budak laki yang lucah sikit. Biasa la tu...budak baru nak 'up'. Aku ingat lagi Pn. Cheong kat sekolah lama aku cakap ''Fizah, kalau diorang lucah, U kena lagi lucah. Baru diorang diam. Diorang nak test U malu ke tak sebab U anak dara.'' Btol, aku penah cakap lebih lucah daripada budak kat sana dulu, diam diorang. Bukan aku cakap 'mahai' 'sohai'  tu, tu depa bodoh cakap barang sendiri! Aku cuma cakap fakta Sains yang diorang nak tau sangat tu la, selalunya Reproduction la, bab sex depa kata. Gila apa? Mana de silibus ajar sex, kenal organ-sistem je pun, pastu kitar haid. Tu pun dah imagine macam2 budak2 skarang ni. Macam tu nak ajar subjek Pendidikan Sex kat sekolah? Huh, rentikan le......Dalam tak belajar pun dah banyak depa praktikal, ni belajar Pendidikan Sex. Hancoq!


2 comments:

ctZue said...

betui..aku dulu ngajo bdk cina yg nakal..aku ckp 'hamsap' terus depa diam, terkejut aku boleh ckp..haha..padahal aku tibai je..

Teacher Hafizah said...

hamsap tu maksud 'ckp busuk'. xsetanding maksud ma*** so*** yg sebut pasai brng laki pompuan tu.