26 March 2011

~Siapa itu Melayu?~

Anak2 di sekolah selalu salah tafsir. Semua kawan2 yang beragama Islam adalah orang Melayu. Islam kan agama universal bukan agama orang Melayu saja. Asalnya pun di Tanah Arab, masakan agama Islam agama Melayu sahaja?

Pertama kali dengar soalan ni aku pun terkedu. Apa maksud sebenar Melayu? Ye, cikgu pun bukan tau semua benda. Sama la macam cikgu BI tiba2 kita tanya soalan BC, sumpah tak tau jawab melainkan pernah belajar BC dulu2.

Ok, balik kepada soalan:


SIAPA ITU MELAYU?



Sapa tau sebelum baca habis sila tulis kat ruang komen :)



Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160:


"Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan-

a) lahir sebelum hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura, atau

b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.



Jika anda ada 3 syarat di atas, maka anda MELAYU.

Bahasa perundangan ni kadang2 kita kurang faham, kan. Kita bukan budak law, tau basic aje pun tak pe. Pastu lately aku baca buku A Doctor In The House. Sorry, belum habis. Seram tengok terlalu tebal. Hahahaha. Tun Dr.Mahathir banyak buka mata aku pasal Melayu sekarang. Ikut sejarah dulu zaman mula2 nak dapat kemerdekaan, orang Melayu kuat. Sangat kuat. Kuat, tapi boleh bertimbang rasa, tidak pulak kita lupakan bangsa lain. Sanggup kongsi tanah air dengan orang luar yang masa tu ramai yang masih kuat ingat negeri asal tanah tumpah darah.

Bila sekarang aku tengok anak2 Melayu yang aku boleh kata 'tak sedar' diri di depan mata, aku jadi sedih. Kalau sekarang pun dah begini, 10, 20 tahun akan datang macamana pula? Malas belajar, asyik cari gaduh, perkauman dll. Ye, bukan semua tapi sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Orang dulu2 bukan saja2 jer nak reka perumpamaan, tu berdasarkan pemerhatian kan. Tajam sunggup mata orang dulu2.

Kes cubaan bunuh diri di KB Mall tu, apa cerita? Tu baru sebab keputusan SPM kurang bagus dah nekad nak bunuh diri. Banyak lagi cabaran masa depan yang nak diharungi. Takkan tiap kali tak boleh lalui nak bunuh diri? Agak2 kalau bunuh diri tu boleh dibuat la, ramai dah kot anak Melayu nak bunuh diri. Tak pikir panjang.

Sapa tak mau anak pandai angkat tangan? Pandai dan penuh dengan pakej lain la, bukan pandai putar alam. Belajar pandai2 dan jangan tindas orang lain. Kita orang dewasa ni pun bias gak kan. Nak anak2 yang pandai belajar belaka. Kalau kita orang dewasa nak hasilkan produk straight A's je dalam peperiksaan dan tak hiraukan bakat lain anak2 pun susah. Kalau dapat semua A tapi tak pandai berdikari, tak reti hormat orang lain, tak pandai jaga hidup sendiri pun susah. Beza dengan yang kurang pandai tapi pandai bawa diri dan boleh berdikari, boleh hidup senang. Sapa kata nak hidup senang mesti ada keputusan SPM yang dahsyat2 jer? Jangan ibu bapa marah anak yang kurang pandai, lebih baik cuba didik, cuba ajar dia daripada buang tenaga membebel dan bandingkan dia dengan anak2 kawan anda yang lain. Aku yang dah dewasa ni pun tak suka dengar orang membebel, inikan pulak budak2. Mana tahan!

No comments: