Banyak cerita yang tidak diupdate. FB pun makin terbengkalai. Makin kurang berinternetkah padahal tiap2 hari connect je Maxis broadband ni?
Buat masa ini rasa tidak ada perasaan untuk berkongsi padahal banyak aktiviti dibuat sejak bercuti hari tu. Nampak kan. aku makin malas. Rasa tidak ada isi bahan2 dalam blog ni. Nama pun blog peribadi kan, bukan blog ilmiah. Sejak membaca beberapa buku non-fiction ni, rasa 'apa la yang aku melalut kat blog aku ni?' selalu datang. Dulu aku suka kongsi pasal sekolah, photography tapi kebelakangan ni aku tak de idea nak tulis pasal semua tu. Nicky pun dah lama sangat tidur. Tangan gian nak ambil gambar semula.
Tadi tengok wayang .... Dalam Botol. Sumpah aku tak teringin nak ulang tengok. Hahaha. Jalan cerita slow, pertukaran antara scene hanyalah layar hitam, bunyi terlalu kuat, lagu tah hape2. Berapa bintang nak bagi ye??? Memang ada isi, tapi susah la nak tinggal kesan kat aku. Ending pun tah hape2 je. Worse! Ramai gelak keji je aku dengar dalam panggung tu tadi. Hahaha. Ayat mamat yang dok kat belakang kami tu terbaek la!!!! Hahaha. Macamana orang tak kutuk dan kurang nak tengok filem sendiri berbanding filem luar kalau gitu le rupa ceritanya....
Dapat baju baru. Seksi! Takleh tunjuk.
Hahahaha.
Kidding! Padahal malas :P
* Minggu ujian sudah habis. Esok kena serbu dengan peminat kecik sebab nak tau markah masing2 :)
No comments:
Post a Comment