22 March 2011

~Kronologi drama cuti~

Hari Isnin, sekolah semula. Balik dari kampung Subuh tadi, drive dengan kelajuan optimum. Weh, tadi ada polis wat road block kat Tapah. Tak pernah2 ada road block pagi2 buta kat highway pada hari Isnin. Mantop la korang!

Sakit tekak sebab cuti seminggu tak dak latihan vokal. Hari ni terus 6 waktu, suara mesti mau mantap lagi2 bila hujan lebat. Lain la kalau kelas tu kedap bunyi macam kat lecture hall zaman belajar dulu2.

Mood budak masih mood cuti. Maka, mari dengar cerita cuti! Yang pasti, dengar cerita lebih banyak daripada depa belajar.

Esok dah mula ujian bulanan 1. Budak tanya soalan Sains susah tak. To be honest, cikgu pun tak tengok rupa soalan tu lagi. Orang lain yang setkan soalan, maka cikgu ini goyang pungkoq kaki je la tunggu skrip jawapan budak. Pastu, sorry, cikgu busy, lagi la tak mengupdate kat sini.

Sungguh, entry semua tidak berisi belakangan ini. Tidak suka. Maka, sila tunggu hingga saya dapat idea semula untuk menulis. Marilah memartabatkan bahasa melayu yang skema (yang kadang2 bercampoq loghat Kedah gak).



Cuti sekolah (tidak mengikut susunan kronologi):

1) Rasa macam anak tunggal sebab adik2 tak balik. Akulah driver, akulah tukang masak bla, bla, bla.

2) 6 pasang baju kurung baru, on da way.

3) Kucing aku sudah beranak 4! Berjaya menyelamatkan seekor baby kitten daripada putus kaki sebab terjerut tali.

4) Dapat speaker system: Logitech baru. Pasang kuat2 time hujan sangat masyuk.

5) Bermotivasi baca buku tebal2 sebab cenderung ke arah sejarah dan tambah lagi tu hadiah dari orang tersayang. Sorry, belum habis baca lagi.

6) Hikayat Merong Mahawangsa: superb untuk level filem Melayu tapi kenapa orang Goa cakap bahasa Urdhu (dan bukan Tamil)?

7) Cuti ni la aku tak pusing2 Penang. Pelik.

8) Duduk rumah tapi tak tengok berita, cerita, drama dll. Hanya bersembang atau tengok DVD atau tidur. Tidur petang tak elok tapi time cuti tiba2 jadi gian nak tidur petang.

9) Tiap2 petang hujan. Sedapnya tidoq....

10) Jahit skirt baru! Ngeh3.

11) Lagi????

Lain2 yang tak penting macam benda wajib makan, mandi, tidur malam takkan nak tulis gak ye dak?



Ok, bubbye. Perlu cari idea sebab idea makin hilang. Ke ingatan makin hilang????

No comments: