19 March 2011

~Memborong di Kemboja~

Sorry la macam malas nak update kebelakangan ni. Cuti, idea pun kering nak menulis padahal tiap2 hari tak lekat rumah. Huhu. Aku baru balik dari Kemboja. Penat tau! Jalan2, habiskan duit, cuci mata.....







Hiiii, tipu je la. Aku kat dalam Malaysia lagi la. Passport pun tak dak berangan nak p oversea. Over the sea boleh la sebab hobi aku kan p Pulau Pinang.

Actually, pagi tadi aku dengan mak ke pekan hari Kemboja. Aku pun tak tau mana dapat nama ni, mungkin sebab majoriti peniaga kat situ adalah orang Kemboja kot. Orang Kemboja kat Malaysia banyak terlibat dalam perniagaan kain dan baju kan. Kalau salah tolong betulkan ye.

Mak kata tiap2 hari Jumaat dan Isnin ada pekan hari kat Permatang Tok Mahat. 90% jual kain ela, baju, tudung, telekong, kain batik dll, 10% je jual makanan minuman dan barang permainan. Ramai, tambah2 cuti sekolah ni kan. Tapi selalunya kalau minggu2 biasa, hari Jumaat lebih happening dari Isnin.

Sampai2 jer terus rambang mata tengok kain ela cantik2. Beli banyak dapat murah la, kalau beli 1 harga tetap macam biasa je. Kebanyakan yang datang sini beli secara pukal, 1 ikat @ diorang panggil 1 kodi, ada 20 pasang kain ela/kain batik/tudung. Stok peniaga gak la yang datang beli kat sini. Kain cantik2 ok, design terbaru pun ada kat sini. Tapi kena pandai pilih la sebab ada yang jual mahal, ada yang murah, ada yang boleh beli sepasang dan ada jugak yang hanya jual kira kodi jer. Kalau corak cantik2 kira berkenan giler la nak beli, meleleh air liur je la kalau dia kata jual kira kodi je tak jual kira sepasang. Kau nak buat apa beli 20 pasang kain pastu ada beberapa corak yang sama, warna yang sama, nak buat baju mentara? (mentara=rewang kot rasanya)

Aku beli kain ela, rembat sampai 5 pasang! Beli 1 RM30, beli lebih dari 5 dapat sepasang RM25. Konon angkut 5 kat situ nak try kat gerai lain plak. Mmmm, macam tak berkenan je, padahal bukan tak berkenan, duit bawak sikit. Nasib baik, kalau tak mesti aku borong lagi. Hahahahaha. Ada banyak jenis kain, macam2 harga, tapi aku berkenan kain corak bunga kecik2, viscose atau cotton plak lately.

Tudung? Ada macam2 corak tapi kebanyakan jenis tudung awning. Tak minat! Shawls ada la, sikit, tak banyak pilihan. Beli kain je la. Tahun ni buat baju baru banyak2 dan stok lama boleh bawak kampung. Kalau dulu kami sedekah baju yang elok2 kat anak2 jiran / bagi kat adik2 sepupu, anak2 sepupu. Yang elok je k, tak elok wat stok kain buruk mak kat dapur je la jawabnya.


Tak sabar nak pakai baju kurung baru pergi kerja. Tu pun bentuk motivasi jugak kan :)

No comments: