28 February 2011

~Rentas desa kita: Botani 2011~


A, B, C

1, 2, 3

Where're you going?

l

l

l

V


Kalau hidup di bandar besar, mana kan ada desa. Lainlah USM Induk terchenta. Walau dok kat tengah2 Penang, masih ada desa. Desasiswa! Sapa budak2 atau ex-budak2 USM angkat tangan. Kita ada desa kan, kan, kan. Wink! Wink! Miss that moment.


Sorry, this moment takde mekap2 ye. Di sini ada kesucian. Hahahaha.

My lorong

Back to the pictures. Bertugas sebagai penjaga lorong L3 di mana anak2 jantan dari PA, Ting.1 dan Ting.2 akan berkejar2 nak masuk lorong ni dan nak minta autograph aku ambil nombor. No. 1 sampai 20 akan dapat medal, selebihnya sampai 100 akan bagi point kat rumah masing2. Ops, adakah sudah aku kabarkan tahun ni sudah tidak wujud rumah Ungu-Pesona aku dulu? Ya, aku telah dilemparkan ke rumah biru.

Sapa kata tugas pemberi kad di lorong tidak penat? Patutlah tenaga muda diperlukan dan bukannya tenaga senior (tahu maksud senior di sini?) atau tenaga ibu mengandung. Perlu bersuara lantang kerana akan terjerit2 ''Hei boy, L3, this line!", "L3! L3!'', "Hei u, L2 sana. Sini L3!'', "boy, sini, sini!''. Itu tidak termasuk berlari mengundur sebab cikgu ni rabun tak nampak nombor budak dengan crystal clear dari jarak 50m, maka sambil mengundur sambil menulis nombor. Mujur lorong itu lurus dan tugas berlari mengundur itu tidak jadi masalah besar! T__T
Lepas lari mengundur, kena jerit lagi ''Boy! Ur card!'' sambil hulur tak kira tangan kiri or tangan kanan, dah lupa adab sopan sebab speed perlu dipertingkatkan.

Lagi, kena cepat tangan, bukan nak mencuri atau apa, tapi cepat tangan mengoyak kad dan menulis nombor peserta di belakang kad. Kuasa merentap kad dari gelang dawai amat dialu2kan. Pastu, panas plak. Panas pukul 9 pagi dan ke bawah bagus untuk kulit, vitamin, tapi panas kul 10 pagi dan ke atas ni??? Peluh, ye saya dah berkongsi peluh macam situasi penagih dadah berkongsi jarum suntikan. Peluh sapa2 tah hinggap kat tangan cikgu nih. Korang takde penyakit kulit berjangkit melalui peluh kan?



Ingat tak kisah i love u sorang anak murid aku yang tak mau wat latihan sama dengan kawan2 kelas dia dulu? Sangkut jugak dapat hadiah. Tapi apasal muka masa dapat hadiah depan Guru Kanan HEM ni tak menunjukkan muka sebenar di dalam kelas ye? Innocent habis! :P



Nampak, bukan anak murid perempuan jer takut paparazzi! Dalam kelas agak diam la, ingat taktau cakap BM. Tapi hari ni punya ramah, tu penangan DSLR. Dia citer pasal DSLR Canon flip screen dia punya (or mak bapak dia punya?) yang baru beli dan dia tak habis explore lagi. Aku budget Isnin ni dia mesti tanya pasal DSLR lagi.


4 comments:

Encik Psychopath said...

eleh. jaga lorong je kot. hehe. guraw.

fiza_noor said...

mmg la jaga lorong jer pun. pacak tiang sampai ke pungut sampah semua ada sumbangan

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

ada tak cikgu pompuan yang single?keh keh

fiza_noor said...

ko nak ke razi? kang takut awek ko ligan, ko plak yg merentas desa nnt ;P