23 February 2011

~Bawal/shawl/awning?~

Masih berselubung telekung menunggu Isyak (ni citer 20 minit lepas), aku lipat kain yang dah berapa kilo tu. Tah, tak timbang. lipat baju, kain, tudung. Tudung? Then aku terpikir, banyak2 jenis tudung yang aku ada kenapa aku rasa tudung bawal gak yang aku paling suka, evergreen, tambah2 tudung bawal hitam. Bila bukak closet aku, aku ada banyak koleksi tudung hitam : bawal batu, bawak sulam, tudung awning, syria, shawl, pasmina. Wajib ada warna hitam. Warna paling selamat walaupun kurang sesuai waktu panas sebab penyerap haba baik sungguh tidak baik untuk aku yang aktif berpeluh. Ada aku kesah? I like black (don't means I like black peoples :P)!
Balik kepada bawal evergreen. Aku dah try semua jenis tudung (almost la!) tapi aku paling out kalau pakai tudung awning. Pelik kan. Orang lain suka tudung awning sebab senang dan cepat je bila nak pakai. Main masuk pale jer, takkan tak reti. Muka aku tak sesuai la pakai tudung jenis ni, rasa out of confident terus walau pun kawan2 kata ok jer bila aku pakai, aku jer yang kureng self-confident dengan tudung ni kot. Aku rasa muka aku terus mengalami pertambahan diameter pipi yang agak luar biasa. Lagipun bila aku pakai tudung awning, agak looser bila time aku gelak dengan bernafsu, tudung tu mesti (ye, mesti) akan turun ke depan. Then, aku jadi macam budak sekolah rendah yang baru belajar pakai tudung yang every 5 minutes nak kena tarik tudung ke belakang. So, awning hijab---->you not my typpo!
Selendang dan pashmina ada banyak, aku dah bleh wat jualan gudang kot. Ni 2nd favorite pas bawal kot. Hahaha. Aku lagi selesa pakai anak tudung syria dengan shawls bukan shawls semata2. Rasa lebih confident sebab anak tudung syria tu aku mesti belah kat bahagian belakang panjang2 agak2 5cm la kot. So, bila pakai boleh la tutup rahang dan pipi secara maksimum! Takde la terjojol pipi labuh terkeluar. Dulu looser gak la nak belit tudung, tambah2 sekolah sesi petang kena mengharung 2 solat di sekolah. Perlu kemahiran yang tinggi untuk melilit tudung dalam masa kurang 5 minit. % minit amat berharga jika next class ko adalah kelas anak2 ayam dan itik yang perlu pengawasan rapi, kalau tak mesti keluar kandang. Betul tak cikgu2 petang? Kot environment sekolah korang lain sikit daripada sekolah aku, itu lain cerita la. Sekarang sudah agak mahir sedikit melilit dengan laju sebab dah apply selama setahun sampai cikgu penasihat Puteri Islam suh aku jadi moderator ajar ahli2 dia cekik leher lilit shawls. Persoalannya, layakkah? Gilers!!! (plural tu, tahu?)
My favorite, tudung bawal. Dulu zaman sekolah menengah, masa mula2 keluar tudung bawal mahal giler kan. Mana mampu. Aku beli yang bawal ciplak jer kat kedai, kat pasar malam. Tu pun mahal giler. Mana mampu nak pakai bawal 2, apatah lagi berangan nak pakai bawal 1 yang jarang tuh. Tengok jer la makcik2 kaya pakai sengan sulam lebat keliling tudung. Aku layak tudung bawal 3 jer time tu, keras kejung jer, ada bunga sikit2. Layak la kan, pakai pun herot, lipat tudung jadi bulat gaya ustazah2. Sekarang orang dah jarang pakai tudung bawal kot. Makcik2 dok syok pakai tudung awning, anak2 dara dan mak2 dara awal 20-an ke 30-an sibuk nak lilit2 selendang. Tak caya cuba p Jalan TAR tengok tudung pe orang kerap pakai. Aku tak tahan tu, anak2 dara dok boh bunga sejambak besaq atas pala dengan reben besaq segala! Tengok dalam majalah ok kot, bila aku tengok kat luar aku rasa sedikit pelik. Tapi tu depa punya pilihan la kan. As long ko confident dan rasa suitable dengan diri masing2, itu terpulang la kan. Aku bukan mengeji mereka2 tu, aku cuma not into it je. Serius aku respek budak2 muda sekarang berani pakai tudung gaya macam2 tu dengan baju mix and match yang berwana-warni. Aku pun tak berani. Penah try sekali warna-warni aku rasa WTF yer. Back to hijab! Aku pakai jugak tudung2 lain, tapi rasanya bawal suit me better. So, aku nak kembali ke alam 'bawal' tak nak tinggal bawal. Sekarang pun aku berselang2 pakai shawl dengan bawal ke sekolah. Bawal buat aku lagi cun kot. Hahahaha! But, shawl makes look cuter and younger! See, I'll keep wearing them coz they give me strong reason to wear them : cun, cute, young! :)

7 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Key 'Enter' dekat keyboard kau rosak ek?Apsal takde jarak?Hahaha..pening kepala....

fiza_noor said...

hahaha. saje aku nak kasi ko migrain sama ngan aku gak fakhrurazi oi. baru aku perasan aku x enter2. kah kah kah :P
migrain! migrain!

Atikah saleh aKa Yun Yun said...

shawl mmg mnjdi pilihan....
de mslah x klu pakai shawl wktu mngajar...

fiza_noor said...

xde masalah. skrng mmg tukar2 tudung bawal n shawl je. shawl pun x panas pakai ptng sbb xtebal sgt, wlu kita lilit2 kat leher

Wahida Shukeri said...

wahida forever bawal fiza..kat kelantan murah, bleh beli bawal no 1 dgn harga 25rgt lagi tau...hehe..

tudung lain rasa mcm xselesa la...x melaram sampai bial2 la wahida..hehe

Atikah saleh aKa Yun Yun said...

ok saya blh apply wktu mngajar nnt...
tq yer ckgu fiza for be my followers.. :)

fiza_noor said...

wahida: haah. kat klantan murah, kat lain mahal gak la. jln tar lagi le mahal. rasa rugi beli yg mahal bebenor tu. hehe. nak yg murah leh dpt bnyk.;P
atikah: boleh aje :)