08 February 2011

Burung ber'party'

8.00-9.30 am:
Di sekolah. Latihan rumah biru untuk merentas desa lagi 2 minggu. Dulu time aku sekolah takde palak latihan untuk merentas desa. Terus redah lari je hari merentas desa tu. Lalu depan rumah sendiri, siap pesan kat mak pukul sekian2 tunggu kat tepi jalan dengan botol air masak. Huhu.

Lepas latihan terus cepat2 jalan nak balik rumah. 'Boleh tido kejap nih! Hahaha.' Biasa la orang takde laki, takde anak, mana de kisah pasal benda lain kecuali tilam bantal. Kalau le boleh lena tadi....

12 noon:
Pergi sekolah macam biasa. Tempat pertama singgah : kantin. Walau pun makanan takleh challenge mak aku masak, kalau dah kat perantauan ni buat2 la berangan macam makan masakan mak. Baru la boleh habis dengan laju. Ari ni ada 5 kelas + 1 kelas relief. Sesi petang ni biasa la kalau dapat relief sebab cikgu tak ramai. Kalau ada sapa2 yang MC ke CRK ke, kawan2 ni kena la ganti secara berjadual. budak2 sekarang tak sebaik budak2 dulu ke? Dulu tak payah relief pun kan. Huhu.

Aku masuk 1K, budak2 perempuan cina menjerit2 sebab ada burung merpati jalan2 masuk dalam kelas. burung tu tak boleh terbang kot2 sayap patah ke hape. tak pun burung tu berminat sangat nak belajar sampai masuk dalam kelas. Budak2 cina ni, anjin depa tak takut. Siap peluk, cium, lambung2 lagi. Tapi bila tengok kucing, burung, siap jerit2 berdiri atas kerusi. Agaknya sama situasi macam aku takut tengok anjing la kot ye.

Masuk kelas 1D di debelah 1K pun burung tu masuk lagi. Tapi budak2 1D ni aku tengok takde la plak takut terjerit2 tengok burung tu jalan2 dalam kelas siap ikut orang berjalan dalam kelas lagi.

''Cikgu, ini sudah masuk 5 kali tau itu burung masuk kelas.''

''Woo. Patut la korang tak takut macam amoi2 kelas sebelah ye.''

Teringat kes tahun lepaskat sini, doktor pernah pesan jangan suka2 hati sentuh burung merpati, takut ada virus yang boleh bawa penyakit. Teringat tu terus pesan kat budak2 ni.

Sambil budak2 1D ni buat latihan Sivik,

''Tahu tak ni burung apa?''

"Pigeon."

"Tu BI. Dalam BM, apa nama burung tu?''

"Burung berpati!" 0__o

Confident giler budak India ni.

"Haaa? Merpati la. Bukan berpati. Dah macam burung ber'party' plak.''

Teruk betoi! T__T



Dah buang gambar header. Nak cari ilham gambar baru plak nanti. Boring tengok header sendiri. Eh, encik2, puan2 dan cik2 followers, TQ follow blog saya. Semalam tunggu sapa la yang nak jadi yang ke-200, tup2 hari ni terus dapat sampai ke-201 :)

Luv ya, followers!

Muahhhh

1 comment:

meya ismail said...

Hehe.. time kasih le sbb ltk meya dlm list CIKGU FOTOGRAFI. malu lah..
meya tag fiza ni.
http://simpleinlavenderamey87.blogspot.com/2011/02/tag-dari-enul-dari-bulan-ada-apa-dalam.html

btw. seronokkan layan perangai budak-budak..