30 November 2010

~So true l read this dear boyfren~

Sungguh true dialog ini T__T.
Aku dapat dari blog Amy Azuha. Share ye Amy :) (she's cute)


---------------------------------------------------------------
Boy: I broke up with her.
His Best Friend: What happened?
Boy: She’s just too much for me.
His Best Friend: What makes you say that? What did she do wrong?
Boy: Well, for one.. She only cared about her appearance. Always had to look good, always took forever to get dressed! So insecure..
His Best Friend: So, you broke her heart because she wanted to keep your eyes locked on her? She wanted you to see that you have the prettiest girl under your sleeve and not think otherwise? I see..
Boy: Oh.. Well.. She’d often call me or text me asking where I am, who I’m with, telling me not to smoke, not to drink. She’s so clingy!
His Best Friend: So, you broke her heart because she cares about your well being? Because she cares about you a lot? And her greatest fear is losing you. I see..
Boy: But.. Uhh.. Well, she’d always cry when I say something slightly mean. She can’t handle anything. She’s a crybaby!
His Best Friend: So, you broke her heart because she has feelings? And because she just wanted to hear you say you love her? I see..
Boy: I.. Well! You know, she’d get jealous easily. I could barely talk to other girls! She’s so annoying! I had to hide it from her so she wouldn’t bitch about it.
His Best Friend: So, you broke her heart because she just wanted you to commit to her? She thought you were faithful, but you lied so she could find out later and hurt even more? She just wanted the guy she loves the most to love only her. I see..
Boy: Well, she..
His Best Friend: You broke up with her because she’s good for you? She just wanted the best for you? She’s broken now because you were selfish. Are you proud?
Boy: I broke her heart.. Because I couldn’t see what was happening.. What happened to me?
His Best Friend: You lost the girl that loved you like no one else could. You see? You didn’t want her when all she ever wanted was you. THAT’S what happened.
___________________________________________________
Think about it, when she’s too much for you.. She just wants the best for you. Because to her YOU’RE the best. If you don’t like something, talk to her about it. You mean so much to her. Don’t just give up. Don’t just leave because you want the easy way out.


~Sangkut lagi l tak bleh sambung buat streaming. Streaming tu hape?~

Sebab 2 orang, aku sangkut tak bleh wat streaming! Bengang jer.

Sapa kenai budak2 ni:

Ain Zhafira bt Noor Abadi (SKR)

Wan Mohd Azim b Idris (SKTE)

Depa 2 orang ni dapat apa dalam UPSR lepas?

Stuck kat depa ni, aku dah tak boleh nak sambung kerja2 meng'sort' nama. Nak buat senarai nama Ting.1 dan peralihan 2011....jangan mimpi selagi tak dapat result 2 orang ni.

Streaming tu hape? Sapa cikgu2 tau la kot. Ada gak yang tak tau? Amboi....


STREAMING:

Seorang Penyelaras Tingkatan dilantik oleh pentadbir sekolah untuk menjalankan kerja2 berkaitan tingkatan yang dijaga. Aku, Penyelaras Ting.1, so aku kena jaga everythings pasal budak2 Ting. 1.

Proses streaming ni bermula sejak awal bulan 10 lagi:

1) Dapat senarai nama pelajar Tahun 6 yang bakal ditempatkan di sekolah tempat aku berkerja dari PPD.
2) Masukkan nama2 pelajar tadi dalam 1 sistem. Aku guna Excel jer.
3) Hari pengesahan pendaftaran: Sama jer macam pengesahan anak nak masuk Darjah 1. Parents/penjaga pelajar datang buat pengesahan. Kiranya nama pelajar2 ni confirm kat sekloah aku. Kalau ada yang nak mintak transfer ke sekolah lain pun, kena datang buat pengesahan dulu, baru isi borang tukar. Masa pengesahan, kena bawa surat penempatan dari PPD, sijil beranak (nak check taraf warganegara), bil elektrik/air (nak tengok alamat semasa).
4) Pas siap pendaftaran, aku dapat la fail berisi maklumat2 di #3 tadi. Penat gak la nak angkat fail2 tu. Banyak!
5) Update sistem Excel aku di #2 tadi kalau2 ada nama yang tercicir dari senarai PPD asal. So, kena buat penambahan nama la. Pastu kalau ada yang confirm pindah, boleh terus buang nama pelajar tu dari senarai.
6) Tunggu la sampai keluar result UPSR. Sebelum keluar result, aku boleh berjimba2.
7) Result dah keluar!!!!
8) Tunggu sekolah2 rendah hantar result UPSR pelajar yang masuk ke sekolah aku. Ini sangat lambat. Kadang2 aku hilang sabar. Mesti akan ada problem!!!!MESTI! Kalau lambat sangat hantar result ke office sekolah aku, terpaksa la aku telefon tiap2 sekolah rendah yang tak hantar result tu. Pagi ni saja aku dah kol 5 sekolah rendah! Settle KECUALI kes 2 budak di atas.
9) Masukkan result UPSR tiap2 pelajar yang mendaftar masuk ke sekolah aku dalam Excel #5.

AKU SANGKUT KAT SINI LA SEBAB 2 ORANG BUDAK TU!!!

10) Sort nama pelajar ikut result UPSR untuk dimasukkan ke kelas2 tertentu. Pelajar2 Peralihan tahun lepas pun kena sort gak, tapi among them je la. Kelas yang ada pelajar Islam ada 4 jer daripada 12 kelas. Masa buat ni kena ambil kira macam2 benda. Kalau dari SJK(C) dan SJK(T), kena tengok result BM UPSR. Kalau C,D ke bawah kena masukkan ke kelas Peralihan 2011. Pastu kena tengok jantina dan kaum sebab ada bilangan dan nisbah tertentu untuk setiap kelas. Pastu kena tengok agama, kadang2 keliru juga bila nama cina tapi dia Islam, bangsa lain2 beragama Islam, sebab kelas yang ada Pendidikan Islam ada 4 kelas jer. Warganegara ke tak? Bukan warganegara ada bayaran yuran khas dan tak dapat pinjaman buku teks percuma.
11) Keluarkan senarai nama ikut tingkatan dari 1A-1L dan 2 kelas Peralihan.

MINGGU TERAKHIR SEBELUM BUKA SEKOLAH:

12) Hari orientasi. Pelajar2 baru Ting.1 dan Peralihan datang untuk orientasi. Penting! Hari ni diorang tau kelas masing2, kena isi banyak borang, ada taklimat untuk ibu bapa. Kenapa aku kata penting? Kalau pelajar tu tak datang hari ni, nama dia akan dibuang dari Excel aku, maksudnya dia dapat sekolah lain. Tapi aku tak le kejam, aku tunggu 3 hari pas buka sekolah, kalau dia tak datang2 jugak, baru aku buang nama pelajar tu. Hari ni juga akan ada pelajar yang namanya tak ada dalam senarai Excel aku sebab kes bertukar dari sekolah lain.

MINGGU PERTAMA SEKOLAH:

13) Minggu ni aku sangat busy. Like last year, aku tak boleh masuk mengajar pun minggu pertama sebab sibuk buat streaming kali ke-2. Streaming kali ke-2: Kena sort semula senarai nama masa orientasi. Tambah nama baru, buang nama pelajar yang tak wujud kemudian ulang semula kerja2 di #10 dan 11.



Pening tak korang???? Hehehe. Kalau cukup semua data insyaAllah takkan pening sangat. Last year, ye, aku pening sebab aku baru dapat jawatan tu dari kawan aku yang berpindah sekolah. So, takde sifu, belajar, try and error. Dapat bantuan cikgu2 senior dan kawan yang pindah tu. Tahun ni, totally, aku buat sorang2 :)



Sekarang aku pening.....sebab tak cukup data. Kerja tak boleh sambung!



Sebab ni la aku tak dapat jaga SPM or STPM. Bagus gak kan. Leh balik kampong. Hehehe.





# 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad

Lama dah tak sambung cabaran 30 hari. Aku tak buat tiap2 hari ye. Berselang2. Lagu yang aku sangat suka buat masa ni ialah lagu Rossa- Hati yang kau sakiti. Aku dengar tiap masa kecuali time happy. Hehehe. Time happy aku tak dengar lagu, aku terus keluar rumah wat aktiviti lain macam g dating ke. Hahaha. Dating tuh! Maksud aku di sini, aku lagi suka keluar merayap daripada dengar lagu time aku happy. Salah ke? Aku punya suka la! Ok, enjoy~

29 November 2010

~Semak kandungan gula makanan kita~

Sapa tak suka makan fast food? Aku cuba gak tahan. Tapi kadang2 kantoi jugak, teringin nak makan. Hai~













Makanan semula jadi jugak yang bagus dan kurang kandungan gulanya. Makanan buatan manusia..... banyak betul kandungan gula! Kelog's Special K tu macam ok gak kan. Hehehe. Boleh la cuba lepas ni :)


Kawan aku telah offer 1 photography job untuk majlis pertunangan dia 25/12 ni. What to do? Should I grap it?

28 November 2010

~Photography: Edit gambar ton-wayang menggunakan Photoscape~


Saya suka tangkap gambar. Semua orang tau. Hehehe. Dulu aku agak terasa kalau gambar aku tak de dalam koleksi gambar yang aku tangkap, sekarang dah tak rasa macam tu. Takde gambar aku pun takpe. Amik gamabr orang je pun ok.

Aku suka tengok gambar yang nampak old school, kabur. Rupa2nya ni dengan mudah dapat dibuat menggunakan Photoscape. Sapa2 tak pernah guna Photoscape, actually sangat senang. Cuma perlu rajin explorace explore apa yang ada dalam Photoscape ni.

Tadi aku jalan2 ke blog a fun dee dan baca tutorial ini berkaitan cinematic tone atau tone
wayang. Tone ni la yang aku suka tu! Gambar korang akan bertukar jadi lebih lembut, bukan
lembut macam jelly tu, lembut.... macam....tenang la klau tengok. Tutorial dia guna version mana taktau le, aku guna Photoscape 3.5. Tapi, basically lebih kurang sama je. Sila belajar daripada tuan asalnya k :)

OK, gambar asal sebelum diedit:


Dan ini, selepas diedit mengikut tutorial a fun dee:



Selamat mencuba! :)

Oh ye, sapa2 yang tak de Photoscape 3.5, sila download di sini.


26 November 2010

~Photography:Line Clear l Chowrasta l Masjid Terapung~

Entry gambar datang lagi!
Ini baru beberapa gambar berjimba2 di Penang dengan Zue.

ENJOY!
















Photographer tak de gambo. Huhuhu


24 November 2010

~Makan + makan + makan~


CHOQ KODOK

MEGI GORENG

NASI KANDAQ LINE CLEAR

PASEMBOQ

KOEY TEOW TOMYAM



Tu semua senarai makanan yang masuk dalam perut aku hari ini dari pagi sampai malam. Tu pun tadi ada hati nak p makan laksa. Kat celah mana nak letak laksa tu? Hahaha. Hari ni aku bawak kawan aku jalan2 Penang. Actually baru jalan2 kat 10% daripada Penang je tuh. Lain kali jalan2 lagi ye. Nak tangkap gambar...sekali hujan turun. Bukan Hujan Bunga Anna Rafali, tapi hujan air dari langit!


OK, sekarang sambung keje balik. Bubbye! ^__^

23 November 2010

~Kalau kamu kelahiran 1980-an, kamu pasti senyum tengok ini~

Aku dapat e-mail gambar2 ni. Weh! Rindu~~


Zaman sekolah rendah, aku dengan kawan2 suka sangat lukis gambar Fido. Apa ek? Fido Dido? Lupa. Tapi zaman tu memang terer giler la lukis mamat rambut cacak ni. Femes nih!


Cocoa ball ni kecik2 je, dalam kotak. Balik tadika mesti beli. Sekotak bukan 10sen je ke zaman tu? Lupa harga sebab bukan aku yang bayaq, aku amik, mak bayaq. Hahahaha.


Roti bijik asam. Mak aku le kata nama tu. Aku suka makan masa demam. Asal demam jer cari ni, asal cari ni jer aku demam. Choi! Tapi aku tak makan semua, aku makan gula ising warna warni tu je. Roti, mak aku kena perabih. Again...mak aku gak yang kena.


Nak beli helikopter kontrol tak mampu. Beli la yang ni. Pegang tinggi2, tekan punat, nanti benda kaler merah tu terbang. Gila obses sampai leher sakit keje tengok atas jer.


Cucuk plastik hijau tu kat roda beskal, beskal tu bergerak. Best woooo!


Pistol! Ni lagi best. Main dengan budak laki, main polis2. Tembak kat dahi. Hahahaha.


Feveret! Masa darjah 4, siap lukis baju dan kaler sendiri. Baju wajib yang seksi2 aje. Hehe. Terpengaruh kartun kat tv. Tengok la, macam mana tak teruja, pempuan2 tu lawa. Macam manga Jepun.


Sapa lahir tahun 80-an tak pernah main ni agak loser la. Glemer ni! Baru2 ni aku tengok budak2 cina kat sekolah aku dok giler main ni. Senyum je la. Tu mainan aku zaman sekolah rendah dulu la. Tiup belon besar2, pastu wat shape dengan mulut. Macamana nak explain ah?


Dulu main kertas ni bila nak main tanya soalan pelik2 kat kawan2. Tulis nama kawan, pastu wat le ayat best ''sapa suka kencing malam?''. Masuk ibu jari ngan jari telunjuk kat moncong kertas tu, pastu nyanyi la lagu feveret budak2, brenti kat nama sapa, kira dia tu la yang kencing malam tadi. Sungguh bodos!


Komik Doraemon. Aku tak pernah beli, aku pinjam kat kawan aku, si Johnny. Dia ada banyak koleksi Doraemon, 1 almari kot.


Thundercat! Musti tunggu tiap2 hari........lupa hari.


Dulu aku banyak koleksi askar2 ni. Aku macam budak laki tak simpan semua ni? Pas pindah rumah, banyak barang mainan aku hilang. Menci!


Aku tembak atok sedara aku yang naik beskal tua nak g solat Jumaat. Atok aku layan... wat2 mati. Hehehe. Bunyi kuat ni, siap ada asap skali.


Aku suka sangat sugus. Kertas bungkus sugus ni aku lipat wat kipas ke, origami burung ke. Penah makan ni jer time tadika sampai tak mau makan nasi. Last2 aku muntah. Terus insaf nak makan dah.


Jelly ni aku minat sampai sekarang. Best! Lembik2. Terus telan 1 jelly, xde makan separuh2 macam zaman tadika dulu.


Piano aku warna merah. Tekan je la. Mana aku tau not masa kecik2. Belasah jer, siap nyanyi sekali. Tapi, confirm la lagu dengan muzik memang tak masuk langsung!


Pemadam bentuk cute2 ni. Tiap2 hari beli masa kat sekolah rendah. Tah nak padam pe beli banyak2 tah. Suka! Sebab tu beli. Sekarang dah tak ada. Hilang.


Ni pun sama. Ada banyak pemadam bendera ni. Weh, pikir balik....dulu aku beli pemadam 10 sen ni banyak2 wat pe ha?


Tora datang lagi! Ingat iklan ni? Aku tak beli pun. Selalu arwah atok aku yang belikan. 5 kupang 1 kotak. Baik aku beli sugus. Dapat banyak. Huahahaha. Dalam kotak selalu ada hadiah. Paling geram dapat bola batu warna warni pelangi tu. Nak wat per? Main tuju2 jer. Last2 bagi kat sepupu aku.





Hai, teringat zaman kecik2 dulu. Ada banyak lagi....keropok jagung, keropok cincin, Tomatoman.

Teringat semua ni lebih2 sebab aku dah balik kampung. Hehehe. Jeles tak? Esok nak p jalan2 kat tanah tumpah zaman belajar. Aku nak bawak kawan baru pusing2 Penang. Kan Zue.