23 November 2010

~Kalau kamu kelahiran 1980-an, kamu pasti senyum tengok ini~

Aku dapat e-mail gambar2 ni. Weh! Rindu~~


Zaman sekolah rendah, aku dengan kawan2 suka sangat lukis gambar Fido. Apa ek? Fido Dido? Lupa. Tapi zaman tu memang terer giler la lukis mamat rambut cacak ni. Femes nih!


Cocoa ball ni kecik2 je, dalam kotak. Balik tadika mesti beli. Sekotak bukan 10sen je ke zaman tu? Lupa harga sebab bukan aku yang bayaq, aku amik, mak bayaq. Hahahaha.


Roti bijik asam. Mak aku le kata nama tu. Aku suka makan masa demam. Asal demam jer cari ni, asal cari ni jer aku demam. Choi! Tapi aku tak makan semua, aku makan gula ising warna warni tu je. Roti, mak aku kena perabih. Again...mak aku gak yang kena.


Nak beli helikopter kontrol tak mampu. Beli la yang ni. Pegang tinggi2, tekan punat, nanti benda kaler merah tu terbang. Gila obses sampai leher sakit keje tengok atas jer.


Cucuk plastik hijau tu kat roda beskal, beskal tu bergerak. Best woooo!


Pistol! Ni lagi best. Main dengan budak laki, main polis2. Tembak kat dahi. Hahahaha.


Feveret! Masa darjah 4, siap lukis baju dan kaler sendiri. Baju wajib yang seksi2 aje. Hehe. Terpengaruh kartun kat tv. Tengok la, macam mana tak teruja, pempuan2 tu lawa. Macam manga Jepun.


Sapa lahir tahun 80-an tak pernah main ni agak loser la. Glemer ni! Baru2 ni aku tengok budak2 cina kat sekolah aku dok giler main ni. Senyum je la. Tu mainan aku zaman sekolah rendah dulu la. Tiup belon besar2, pastu wat shape dengan mulut. Macamana nak explain ah?


Dulu main kertas ni bila nak main tanya soalan pelik2 kat kawan2. Tulis nama kawan, pastu wat le ayat best ''sapa suka kencing malam?''. Masuk ibu jari ngan jari telunjuk kat moncong kertas tu, pastu nyanyi la lagu feveret budak2, brenti kat nama sapa, kira dia tu la yang kencing malam tadi. Sungguh bodos!


Komik Doraemon. Aku tak pernah beli, aku pinjam kat kawan aku, si Johnny. Dia ada banyak koleksi Doraemon, 1 almari kot.


Thundercat! Musti tunggu tiap2 hari........lupa hari.


Dulu aku banyak koleksi askar2 ni. Aku macam budak laki tak simpan semua ni? Pas pindah rumah, banyak barang mainan aku hilang. Menci!


Aku tembak atok sedara aku yang naik beskal tua nak g solat Jumaat. Atok aku layan... wat2 mati. Hehehe. Bunyi kuat ni, siap ada asap skali.


Aku suka sangat sugus. Kertas bungkus sugus ni aku lipat wat kipas ke, origami burung ke. Penah makan ni jer time tadika sampai tak mau makan nasi. Last2 aku muntah. Terus insaf nak makan dah.


Jelly ni aku minat sampai sekarang. Best! Lembik2. Terus telan 1 jelly, xde makan separuh2 macam zaman tadika dulu.


Piano aku warna merah. Tekan je la. Mana aku tau not masa kecik2. Belasah jer, siap nyanyi sekali. Tapi, confirm la lagu dengan muzik memang tak masuk langsung!


Pemadam bentuk cute2 ni. Tiap2 hari beli masa kat sekolah rendah. Tah nak padam pe beli banyak2 tah. Suka! Sebab tu beli. Sekarang dah tak ada. Hilang.


Ni pun sama. Ada banyak pemadam bendera ni. Weh, pikir balik....dulu aku beli pemadam 10 sen ni banyak2 wat pe ha?


Tora datang lagi! Ingat iklan ni? Aku tak beli pun. Selalu arwah atok aku yang belikan. 5 kupang 1 kotak. Baik aku beli sugus. Dapat banyak. Huahahaha. Dalam kotak selalu ada hadiah. Paling geram dapat bola batu warna warni pelangi tu. Nak wat per? Main tuju2 jer. Last2 bagi kat sepupu aku.





Hai, teringat zaman kecik2 dulu. Ada banyak lagi....keropok jagung, keropok cincin, Tomatoman.

Teringat semua ni lebih2 sebab aku dah balik kampung. Hehehe. Jeles tak? Esok nak p jalan2 kat tanah tumpah zaman belajar. Aku nak bawak kawan baru pusing2 Penang. Kan Zue.


5 comments:

No name said...

fido dido tue air 7up nye maskot.. hahaha... nasib baik tak letak kasut skolah wira or pallas jalur biru.. hehehe

Teacher Hafizah said...

kasut pallasku......

ctZue said...

nostalgia wei entry ko..hehe..

Wahida said...

rindunya zaman kecil dulu2...

Teacher Hafizah said...

zue & wahida: rindu zaman kecik2 dulu kan. happy btoi