30 November 2010

~Sangkut lagi l tak bleh sambung buat streaming. Streaming tu hape?~

Sebab 2 orang, aku sangkut tak bleh wat streaming! Bengang jer.

Sapa kenai budak2 ni:

Ain Zhafira bt Noor Abadi (SKR)

Wan Mohd Azim b Idris (SKTE)

Depa 2 orang ni dapat apa dalam UPSR lepas?

Stuck kat depa ni, aku dah tak boleh nak sambung kerja2 meng'sort' nama. Nak buat senarai nama Ting.1 dan peralihan 2011....jangan mimpi selagi tak dapat result 2 orang ni.

Streaming tu hape? Sapa cikgu2 tau la kot. Ada gak yang tak tau? Amboi....


STREAMING:

Seorang Penyelaras Tingkatan dilantik oleh pentadbir sekolah untuk menjalankan kerja2 berkaitan tingkatan yang dijaga. Aku, Penyelaras Ting.1, so aku kena jaga everythings pasal budak2 Ting. 1.

Proses streaming ni bermula sejak awal bulan 10 lagi:

1) Dapat senarai nama pelajar Tahun 6 yang bakal ditempatkan di sekolah tempat aku berkerja dari PPD.
2) Masukkan nama2 pelajar tadi dalam 1 sistem. Aku guna Excel jer.
3) Hari pengesahan pendaftaran: Sama jer macam pengesahan anak nak masuk Darjah 1. Parents/penjaga pelajar datang buat pengesahan. Kiranya nama pelajar2 ni confirm kat sekloah aku. Kalau ada yang nak mintak transfer ke sekolah lain pun, kena datang buat pengesahan dulu, baru isi borang tukar. Masa pengesahan, kena bawa surat penempatan dari PPD, sijil beranak (nak check taraf warganegara), bil elektrik/air (nak tengok alamat semasa).
4) Pas siap pendaftaran, aku dapat la fail berisi maklumat2 di #3 tadi. Penat gak la nak angkat fail2 tu. Banyak!
5) Update sistem Excel aku di #2 tadi kalau2 ada nama yang tercicir dari senarai PPD asal. So, kena buat penambahan nama la. Pastu kalau ada yang confirm pindah, boleh terus buang nama pelajar tu dari senarai.
6) Tunggu la sampai keluar result UPSR. Sebelum keluar result, aku boleh berjimba2.
7) Result dah keluar!!!!
8) Tunggu sekolah2 rendah hantar result UPSR pelajar yang masuk ke sekolah aku. Ini sangat lambat. Kadang2 aku hilang sabar. Mesti akan ada problem!!!!MESTI! Kalau lambat sangat hantar result ke office sekolah aku, terpaksa la aku telefon tiap2 sekolah rendah yang tak hantar result tu. Pagi ni saja aku dah kol 5 sekolah rendah! Settle KECUALI kes 2 budak di atas.
9) Masukkan result UPSR tiap2 pelajar yang mendaftar masuk ke sekolah aku dalam Excel #5.

AKU SANGKUT KAT SINI LA SEBAB 2 ORANG BUDAK TU!!!

10) Sort nama pelajar ikut result UPSR untuk dimasukkan ke kelas2 tertentu. Pelajar2 Peralihan tahun lepas pun kena sort gak, tapi among them je la. Kelas yang ada pelajar Islam ada 4 jer daripada 12 kelas. Masa buat ni kena ambil kira macam2 benda. Kalau dari SJK(C) dan SJK(T), kena tengok result BM UPSR. Kalau C,D ke bawah kena masukkan ke kelas Peralihan 2011. Pastu kena tengok jantina dan kaum sebab ada bilangan dan nisbah tertentu untuk setiap kelas. Pastu kena tengok agama, kadang2 keliru juga bila nama cina tapi dia Islam, bangsa lain2 beragama Islam, sebab kelas yang ada Pendidikan Islam ada 4 kelas jer. Warganegara ke tak? Bukan warganegara ada bayaran yuran khas dan tak dapat pinjaman buku teks percuma.
11) Keluarkan senarai nama ikut tingkatan dari 1A-1L dan 2 kelas Peralihan.

MINGGU TERAKHIR SEBELUM BUKA SEKOLAH:

12) Hari orientasi. Pelajar2 baru Ting.1 dan Peralihan datang untuk orientasi. Penting! Hari ni diorang tau kelas masing2, kena isi banyak borang, ada taklimat untuk ibu bapa. Kenapa aku kata penting? Kalau pelajar tu tak datang hari ni, nama dia akan dibuang dari Excel aku, maksudnya dia dapat sekolah lain. Tapi aku tak le kejam, aku tunggu 3 hari pas buka sekolah, kalau dia tak datang2 jugak, baru aku buang nama pelajar tu. Hari ni juga akan ada pelajar yang namanya tak ada dalam senarai Excel aku sebab kes bertukar dari sekolah lain.

MINGGU PERTAMA SEKOLAH:

13) Minggu ni aku sangat busy. Like last year, aku tak boleh masuk mengajar pun minggu pertama sebab sibuk buat streaming kali ke-2. Streaming kali ke-2: Kena sort semula senarai nama masa orientasi. Tambah nama baru, buang nama pelajar yang tak wujud kemudian ulang semula kerja2 di #10 dan 11.



Pening tak korang???? Hehehe. Kalau cukup semua data insyaAllah takkan pening sangat. Last year, ye, aku pening sebab aku baru dapat jawatan tu dari kawan aku yang berpindah sekolah. So, takde sifu, belajar, try and error. Dapat bantuan cikgu2 senior dan kawan yang pindah tu. Tahun ni, totally, aku buat sorang2 :)



Sekarang aku pening.....sebab tak cukup data. Kerja tak boleh sambung!



Sebab ni la aku tak dapat jaga SPM or STPM. Bagus gak kan. Leh balik kampong. Hehehe.





No comments: