13 December 2010

~Keghairahan jangan dibendung. Ha?~


Mengenang nasib diri

Ngeh3. Geli plak anak mata aku. Huhu.

Ini bukan cerita kesedihan, cerita kegembiraan sebab dapat berjalan2 (maknanya tidak duduk melangut di rumah tak tau buat apa tah) melepak di tepi pantai kegemaran. Walau pun pantai tu dah tak sebersih, secantik zaman aku umur 7 tahun dulu. Oh! rindu. Aku suka pantai dari kecik rupanya. Ni bahana cuti sekolah je mesti mandi-manda di pantai berangan tu private beach. Lari2 sambil pakai bikini. Padahal, manusia beratus2 orang tengah mandi laut sambil mengusyar awek2 nak masuk line. Eh, aku tak de plak bikini. Bikini pink! Awesome!
Sekali depa tengok aku,

''alahai budak jer. tak leh ngorat. tapi adik cute la, tarik tocang kang aaaa.''

Ha? Zaman kecik2 mana aku tau apa itu mengorat dan di'mengorat'i. Tak pe, pakcik tu kata aku cute. Cukup kembang untuk 2 hari. Abang kot lebih layak. Tidaklah tergoda kalau pun masa tu aku berumur sebaya anak sunti Pak Non, sebab selera hilang menonton badan abang itu yang kurung kering dan agak berkilat dipantul cahaya suria. Tak mau la. Aku berselera lelaki badan besar/tough. Tapi aku tak mau 'sepupu' Malek Noor ye. Aku geli! Ketul2, urat timbul! Nahi!


Sungguh melalut lagi. Tiba2 tengok ke arah pulau. Cantik, hijau lagi walaupun dah banyak bahagian yang botak. Manusia la punya pasal tu! Eh, aku pun manusia. Kaum aku punya pasal la tu. Malu sendiri =__+

Tengok apa ada kat atas air tu? Atas air? Permukaan la ngok. Ada nampak puting beliung! Makin lama makin besar.

''Mak, kena lari sekarang ke mak?''

"Tu kepala angin."

Ha? (Ha lagi). Tak sangka, aku ingat aku je ada kepala.


Ramai2 dongak ke langit biru. Eh, langit dan awan sangat cantik hari itu. Sambil makan ABC, mari kita kira berapa kapal terbang yang lalu. Setakat duduk hari itu, ada 4 bijik. 4 bijik? Salah, 4 buah sebenarnya. Kenapa kena kata 4 buat sedangkan tu kapal terbang, bukan lai, epal atau tembikai kegemaran?

Ok, sekarang tengok atas semua! Abah jugak tidak mendengar arahan komander, dok nikmat rasa ABC lagi best dari tengok kapal terbang lalu.


Dan, lihatlah dunia.... Ni dari negara mana tah la. Sebenarnya kapal terbang tu nak landing, sebab aku baring kuak lentang, tetiba nampak macam kapal terbang tu nak naik plak. Sungguh WTFish?


Abah tanya,

''amik tak gambar kapal terbang tadi?''

Ha, tu la. Orang suh tengok tadi abah kata ABC lagi best. Ok, senyum semua! Say cheeseeeeeeeeee~Panjang sungguh. Ni untuk effect senyum sampai ke telinga yang lebih menawan dari senyum kerang busuk. Sorry paksu, kepala sudah kena potong la. Nampak sangat kepala Angah besar, berjaya melindungi wajah paksu dari memandang kamera.


Akhir sekali, terimalah muka tuan kamera selaku tuan tanah kedaung blog ini yang sedang berangan2 'indah ke ada kembar? meh nak rasa sikit.' O__0
Eee, tak jadi la. Kena share banyak benda.




Pantai Queensbay
12-12-2010
6.00 petang

2 comments:

MY HEART said...

Sensei,

Cuti2 ek? bestnya... nak tanya, Pantai Queensbay kat mana ek mueheheheh?

Teacher Hafizah said...

actually bukan pantai kot. tu tmpt lepak2 kat depan Queensbay Mall, Penang