16 August 2010

~Puasa dan mengajar~

Mengajar di bulan Ramadhan memang mencabar. Tolak la cabaran menonton budak2 non-muslim meneguk air dengan rakus dalam botol mineral 1.5L, tu cabaran untuk rakan seusia mereka. Tiap kali Ramadhan di sekolah majoriti pelajar non-muslim, aku akan jumpa budak2 yang akan jadi lebih nakal berbanding bulan2 lain. Depa ingat cikgu2 ni tak larat sebab puasa, tak de kuasa nak jerit marah diaorang jadi 'monyet'. Oh, tidak. Allah dah bagi kekuatan extra kat cikgu2 ni. Takkan nye cikgu nak tengok saja budak2 ni naik hantu.

Mengajar tetap macam hari2 biasa. Mungkin volume suara tak selantang hari biasa, waktu awal masih suara kuat, waktu hujung2 suara dah low, tapi jangan ingat cikgu2 mengajar cara salin penuh whiteboard jer. Tak ajar, salin jer. Ajar macam biasa la jugak.

Masa mengajar di bulan Ramadhan dipendekkan. Aku, masuk 12.45 tengah hari dan balik 5.30 petang. Hari Jumaat lagi la pendek, masuk 2.30 balik dan 5.30 petang. 3 jam jer. Budak2 memang suka. Masalahnya, sapa lagi suka? Aku mengajar 4 kelas Sains. 2 kelas ada pelajar Melayu+Cina+India, lagi 2 kelas Cina dan India jer. Kalau mengajar waktu akhir, otak budak2 dah keluar dari kelas, kalau Melayu, mesti dah pikir balik ni nak berbuka apa? Cina? Tah, nak main kot. Sejak aku mengajar, yang selalu tanya, ''bila nak balik, jam pukul berapa, cikgu tak payah ajar la cikgu kan puasa, cikgu duduk saja tak payah ajar hari ini'', tu semua dari pelajar non-muslim. Macam diorang plak yang puasa kan. Bagi diorang kalau puasa tu bleh separuh nak mati.

''Cikgu, bila cikgu boleh makan?''
"Nanti pukul 7 lebih, dengan azan, boleh la makan. Malam pun boleh makan.''
''Boleh minum tak kalau puasa?''
"Mana boleh. Puasa tak boleh makan dan minum la.''
''Waaaa, macam tu saya boleh mati wooo!''

Ada 1 cerita kawan aku. Dia suka senyum. 1st day puasa budak tanya,''cikgu senyum jer, cikgu tak puasa ek?'' Wah, macamtu plak. Diorang budget puasa jer mesti penat terkelepet sampai tak larat senyum. Hai la budak~