12 August 2010

~Petua: Bukan Untuk Jadi Tua~


2 Ramadhan 1431H:


Pagi2 selepas Subuh berniat tak mau tidur balik. Baguskan niat tahun ni? Jalan2 ke serata alam blog, singgah ke blog Kila dan mendapat petua yang bagus untuk men'slim'kan bentuk muka yang tembam ala2 belon (macam aku T__T). Bukan nak susut banyak sangat, kang orang tak kenal aku plak. Cuma nak balancekan nisbah muka dan badan. Muka tembam:badan kecik, adalah kurang hot! Cuba tak salah kan. Sila ke link di bawah untuk share petua Kila. Tapi nasihat aku, cubalah di rumah. Kalau cikgu2 buat di sekolah, kang ada anak murid yang pengsan apasal cikgu diorang berubah menjadi dugong atau tenuk hari tu~ Petua tu memerlukan kepantasan. Hehehe. Lagi laju, lagi bagus rasanya.

Petua kuruskan muka

Semalam pun aku ada dapat 1 petua daripada Fatin Liyana, madic student kita kat Indonesia. Kawan2, kalau nak kurus jangan diet secara extreme. Yes, itu saya tau sebelum ni. Tapi bila dia kata, haramkan diri dari makan junk food~ oh, mampukah diri ini? T__T Ada yang diet secara skip waktu makan, ada yang tak makan nasi, ada yang senaman secara melampau~ Ikut kemampuan badan la kan. Kalau senaman teruk2 1 hari, pastu sakit badan, esok mesti dah tak sambung senaman tu kan? Makan plak, kurangkan portion makanan yang diambil, bukan skip terus. Sape kata makan nasi tak bagus masa nak kuruskan badan? Takla. Oh, sebelum terlupa, kalau nak diet, sarapan jangan ditinggalkan k. Ok, for further and more info, sila le baca di blog Fatin Liyana ni k ;)

Tambah lagi 1 petua. Aku baca kat majalah tips nak rampingkan pinggang. Berdiri tegak dengan keadaan kaki dikangkangkan sikit untuk keselesaan dan kestabilan. Kempiskan perut. Pastu gerakkan bahagian atas badan sahaja ke sisi kiri. Tahan beberapa saat. Kemudian ulang langkah yang sama ke arah kanan plak. Ulang la steps ni beberapa minit. Kalau buat betul2, akan rasa tegang di bahagian abdomen. Diameter pinggan akan berkurangan sedikit kalau buat secara konsisten. I'm working on it! :)

-----------------------------------------------------------------------------------

Ramadhan je aku akan kena sindrom tak tau nak makan apa. Bukan pening sebab terlalu banyak pilihan, tapi sebab tak lalu nak makan. May be sebab jauh dengan family kot. Kalau kat rumah mak masak biasa2 je pun aku lahap lalu je nak makan. Semalam berbuka dengan laksa sebungkus yang dibeli dari pasar ramadhan. Biasa la, cekik darah dan~ belum tentu sedap. Dan pas makan hakikatnya~ memang tak sedap. Mengenangkan 'jangan membazir!', aku makan gak la. Sahur tadi dengan laksa tu jugak yang tak abis dimakan masa berbuka. Panaskan kuah. Makan laksa tu dengan air masak dan kurma. Tu pun susah nak habiskan. Pengalaman lepas, aku selera gak nak makan. So, kiranya aku boleh jadi kurus ke raya ni? Badan aku naik sikit la dari sebelum ni. Dulu berat paling tinggi pun 45kg. Sekarang dah jadi 47kg. Naik sikit, tapi aku cepat penat. Tak selesa kan. so, kembali ke berat asal yang tak lebih 45kg tu la :)


4 comments:

saya_arief said...

kalo nak tembam kan cam ne..
:p

Teacher Hafizah said...

kembongkan pp tiap2 masa. hahaha

semut lelabah said...

susah gila kalo x tdur lepas sahur.. kalo aku ada kesempatan mesti aku akan tidur.. huuh

aku setuju. kalau nk diet sil haramkan diri daripada junk food.

Teacher Hafizah said...

argghhh! junk food kesayangan!!!