29 June 2010

~Memang syok cuti~

Selalunya, kalau Isnin jer, ramai yang alami Monday blues. Aku pun. Kadang rasa weekand pun tak rehat. Badan rasa penat, keje bawak balik sampai rumah. Tapi ari ni aku cuti hari Isnin sebab Ahad ada Hari Terbuka. So, dapat la cuti peristiwa. Kalau last year, buat hari Sabtu, Isnin dah kena sekolah. Penatnya badan. Jangan ingat cikgu keje relax je yer. Keje berdiri, menjerit bercakap. Penat! Tapi, minat dan dah jadi kerjaya pun. Aku terima la. Ada time bila mood swing~ aku jadi malas. Hehehe.

Malam tengok bola : Germany vs England. Bye England. I memang tak pernah sokong U dalam Worldcup since mula kenal player hensem baru nak minat bola 1998, waktu Form 3. Giler time tu kumpul every single article dalam newspaper pasal pemain hensem each of the team. Malam Brazil vs Portugal, aku tengok kapten Brazil masa Worldcup 1998, Dunga, dok kat tepi padang pakai kemeja. Rupa2nya dia dah jadi jurulatih Brazil! Sungguh aku ketinggalan. Aku minat la tu dulu. 1998 Perancis menag, tahun ni Perancis out awal2! Huhu.

Wo, malam ni Brazil vs Chile. Ada kata depa ni main laju. Best kalau tengok. Aku tak kenal players kali ni. Maknanya kalau aku tengok ni, aku memang tengok game. Dulu aku bias, aku tengok players hensem. Hahaha. =__=

Petang tadi aku g The Curve sebab ada appoinment facial. Hai, aku dah jadi macam pompuan2 lain dah. Sedap kalau kena urut. Aku lena!

Ok, dah 2.30am. Aku nak layan bola jap sambil tengok nama players hensem dalam team Brazil yang aku tengok ari tu. Hai, ni la pompuan tengok bola.


Hantu btoi! Baru teringat aku ni takde Astro! Tv1 galak dok ulang game Germany-England. Berapa kali mau ulang de?

2 comments: