30 June 2010

~Apasal bila tengah tahun jer ada ramai budak nak pindah~

Pindah kuar, lega la cikgu kelas. Kurang skit anak murid yang perlu dijaga. Kalau pindah masuk???

Minggu selepas cuti sekolah, sorang masuk. Masuk melalui Kak Nolie la sebab aku g BTN kan. Semalam ada lagi sorang dari Bukit Maluri. Aku suh balik sebab banyak benda tak lengkap. Ari ni ada 2 orang lagi. 1 dari Manjalara, 1 dari Sentul Utama. Tengah tahun je, PPD jadi baik hati melayan kes pindah sekolah. Awal tahun bukan main demand lagi! 2 orang tadi pun aku suh balik settle semua benda dulu, dari borang maklumat diri dan SMM sampai le ka markah kerja kursus. Ada ke datang bawak surat kelulusan bertukar dari PPD jer? Sorang lagi bawak maklumat, tapi yang dibawa bukan maklumat dari sekolah menengah sebelum ni, dia bawak maklumat dia dari zaman sekolah rendah. Ingat tengah tahun bleh masuk Form 1 guna result UPSR lagi ke? Jawapan bajet-glemer parents bila bawak anak bertukar:

''Cikgu sana cakap barang itu tak ada.''

"Cikgu tu belum siap buat. Boleh anak saya masuk dulu, nanti saya pergi cari.''

Oh, berdasarkan pengalaman, kalau penyelaras baik hati bagi masuk, semua maklumat tu~ yakin 90% takkan dapat dah. Bukan bertindak kejam, tapi nak meringankan beban guru tingkatan di sini. Kalau anak murid kita nak bertukar ke sekolah lain, macam2 reject. Ini tak cukup, itu tak cukup. Belajar dari pengalaman tu, kawan2 aku yang jadi guru tingkatan akan cari semua maklumat, PEKA, markah kerja kursus anak murid yang nak pindah tu. Jangan ada problem. Ni, anak murid diorang nak masuk sekolah ni bawak badan dengan surat tukar jer~ Adoi! Semalam paling klakar le aku rasa. Cikgu sana bagi alasan kad gigi (kad yang kaler hijau nurse tanda waktu check gigi tu) budak tu ada kat klinik. WTH! Doktor dan nurses datang ke sekolah check gigi budak. Apa kejadah kad tu tetiba ada kat klinik? Aku pun cikgu kesihatan la. Nak kencing ke? Cakap je la malas nak cari! Macam2 alasan.

Subjek KHB: pun masalah. Budak2 selalu tak tau diorang amik PK / KT/ ERT. PK tu more to Perdagangan, KT macam teknikal yang selalunya lelaki je la amik, ERT tu untuk perempuan. Bila tanya jer, selalu budak2 ni taktau diorang amik elektif mana 1. Salah sapa ni ye? Penempatan kelas di sini kena ikut KHB ni gak. Kelas 1A-1F amik PK, 1G-1L plak KT dan ERT. Kalau tak tau, macamana nak bagi kelas?

Esok aku layan semula 2 pelajar baru tu. Masalah gak, 3 yang datang sejak semalam tak faham sangat BM or BI. Dah cakap macam ayam ngan itik jer aku rasa. Parents pun ada yang tak berapa faham kita cakap. Man, we are Malaysian. Born in Malaysia. 1 Malaysia kan. Tolongla belajar kuasai BM.

1 comment:

semut lelabah said...

pindah2... sek pun pindah. hehe