06 April 2010

~Serak2 basah ke seram2 basah?~

Aku rasa serak2 basah husky tu seksi dan sedap. Kalau laki suara macam tu, aku rasa dia macho jer. Tapi sekarang, aku ni bukan tahap serak2 dah ni. Ilang suara, tak mampu nak sebut perkataan dengan clear pun. Semalam, bila aku cakap je, anak murid aku terpinga2 dan mesti tanya balik, ''teacher, what u say?'' Standard la BI anak2 Taman Ehsan. Balik sekolah je, trus tak boleh cakap, kuar suara anak dinasour yang lapar tu kot. Tak pun anak ayam itik chiak chiak tu. aku cakap je mesti orang akan tanya balik, ''ha?''. Kak Non kata semalam, ''Fizah, ko jangan cakap le. Seram aku dengor.'' Hahaha. Kan I dah kata seram2 basah.

Pagi ni aku ingat dah ok. Tapi, mendengar nasihat orang2 yang sayang aku, aku p jugak ke klinik. Rasa badan dah tak demam, batuk je sebab kadang2 kerongkong ni rasa gatal je nak aku garu2, basuh2 dengan Clorox. Doktor check, demam masih ada. Aku bleh tanya plak,''yeke dokto? Rasa cam dah ok.'' Bla, bla, bla... aku pendekkan cerita kat klinik mana le best sangat kan. ''I bagi U rest 2 hari. MC 2 hari. Ok?'' OMG. Aku pun, ''ha?'', ok~~ :P So, aku dapat la rehat 2 hari dari menjerit2 high pitch ala2 Black Mentor dalam kelas. Baik doktor tu kan. Hehehehe.

*Bila aku kuar bilik doktor, sorang bapak terpaksa berhempas pulas mendukung sorang anak lelaki yang demam tapi takut jumpa doktor. Nasib baik aku kecik2 dulu tak macam tu~

Kena makan makanan yang tak berminyak. Tadi makan salad! Tringat garden salad KFC sebenarnya, lalu aku pun beli kubis ungu tu dengan tomato kecik kegemaranku disirami treasure thousand island. Tapi, apasal sekarang aku lapaq lagi? Perut melayu mesti nak disumbat dengan nasi jugak. Terima la hakikat itu T__T.

2 comments:

KizZ said...

hehe comel nye sore cikgu serak2 basah..

dulu tyme sek,kiz suke buli cikgu kalau cikgu xde sore.

ape cikgu??x dgr??ulang balik?/
merah2 muka cikgu yg xde sore kn jerit2..

jahatnye lah kan kami..hahah..

iza_fiza said...

tau pun. cian tau cikgu mcm tu.