28 March 2010

~Sekali sekala kuar dengan orang lebih tua buat kita cepat tua ker?~

Semalam adalah Hari Anugerah Kecemerlangan kat skolah aku. Patutnya ada Mesyuarat PIBG pastu. Tapi sebab ada technical problem, mesyuarat tangguh ke April. Kejap je majlis tu. Ada ucapan, persembahan budak2 pendidikan khas, persembahan koir, bagi anugerah, tamat. Simple sangat. Tu la, cut budget banyak2 lagi. Nasib la. Parents yang datang pun rata2 ada anak yang dapat anugerah. Makin kurang anak Melayu dapat anugerah kat skolah aku ni T__T.

Pas anugerah tiba2 je ada plan nak g karok. Yang nak p ni bukan la geng muda2 remaja. Geng mak2 budak. Ada geng muda tapi more to mak budak la. So, aku fikir y not aku join. Nak relax dan release tension jer. Lagi pun kalau kat rumah kat kampong aku segan nak karok dengan adik2 aku walau pun ada full set karok kat rumah. Yela, jiran2 bleh dengar.

Happy! Tengok cikgu2 yang sebelum ni skema berebut nak nyanyi. Yang memang kaki karok tu takpe la, memang suara sedap. Ni yang baru semalam try, suara ke bulan bintang. Sapu jer, kalau sedap dah jadi artis kan! Mula2 eksyen tak mau nyanyi. Tapi bila dah skali pegang mic, tak sanggup nak lepas.

Aku kategori paling muda kat group tu. Soalannya, salah ke join geng mak2 budak sekali sekala jika sebelum ni kuar dengan geng seangkatan seumur jer? Bleh jadi tua ke? Kalau setakt kuar, happy2, bagi aku ok jer. Tak la plak aku kuar dengan geng2 senior aku nak tiru dressing code depa ke, cakap isu2 berat rumah tangga je ke, aku pun tak suka. Just kalau hari yang sama ko ada 2 choices of plan; 1) geng muda p tempat boring, 2) geng senior p happy, release tension~~ mana ko pilih? so, i choose happy2! Dressing semalam--> skema ler sebab trus dari majlis rasmi sekolah. Kalau tak, giler aku nak pakai kebaya g lepak2 karok?

2 comments:

Abd Rahim said...

wah tak dpt bygkan geng2 kebaya p karok..mesti lgu evergreen jer nie..hehehe

Teacher Hafizah said...

baju kebaya tu i sorang je la. haha. lagu baru tuk org baru, lagu evergreen utk senior DAN org baru yg tau semua jenis lagu. hahaha