14 November 2009

~sembilannyawa~


9 NYAWA
Harga: RM19.90
Penulis: Ramlee Awang Murshid


Aku dah lama tunggu novel penulis kesayangan aku ni. Tak sabar nak tunggu minggu depan. Tengok sinopsis, ya, macam menarik ^_^.
Sejak sibuk ni, aku jarang dah baca novel. Tapi nak tinggal terus novel2 ni tak boleh le.
Aku amik sinopsis dan gambar tu dari sini. Kalau ada yang minat RAM, boleh singgah ke blog ni.


Sinopsis:



INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.


HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

No comments: