03 September 2009

Semalam...kelmarin...

Semalam mengantuk sangat so aku tido awal (10.30 tu awal ke?). Slalu kan aku tido kul 12 kan, kul 10 lebih tu kategori awal la. Nothing much. Kat sekolah semalam macam biasa. Ye, aku dah siapkan surat2 gantung dan buang pelajar yang lepas2. Lama dah tertangguh keje ni. Aku rasa macam banyak kene komen je ni (bukan komen sangat la, sepatutnye nasihat). Aku yang malu sebab tu keje aku. Aku terkejar2 buat banyak keje dalam 1 masa, ada yang aku terlepas pandang. Geng sebelah-menyebelah mengakui ke'bizi'an aku. Sehari2 susah nak tengok muka aku. Walau pun tahun ni aku mengajar 24 waktu je, aku tak duduk gak kat tempat aku. Even nak tanda buku budak pun tak sempat. Asal jalan je pasti ada tempat aku menyinggah. Singgah sebab buat keje, sebab orang panggil tanya keje. Bz!

Kelmarin masa aku bz wat surat gantung dan buang tu Kak CT tanya wat surat apa? Aku ni macam takut2 je nak jawap aku baru buat surat2 tu. Obvious sangat sebab kertas tu kaler pink. Surat gantung and buang je kaler tu. Aku baru nak antar walhal meeting tu dah berzaman siap. Huduh cara aku bekerja. Sebelum cuti aku nak buat, kertas pink habis, office tak order2. Aku hold on dulu. Pas naik cuti ni aku terkejar2. Alhamdulillah, semalam dah settle walau patut last month aku patut settle benda ni. Pastu, Kak CT ada tegur pasal surat amaran Kavines aku tak tulis dia ada ponteng ari tu. Aku just tulis kesalahannya yang latest. Bapak budak tu ada datang kelmarin. Aku malu bila ada orang tegur keje aku. Ye, aku boleh terima teguran, tapi sure muka aku masa tu tukar kaler merah, malu.

Semalam aku meluahkan perasaan kat Farhana (sama2 share la). Aku dah 2-3 tahun tak mengajar anak Melayu, rasa frust, tension. At least kalau ada 1 kelas, jadi la. Penyedap hati. Bukan memilih, tapi aku nak jugak sebut nama2 Melayu dalam kelas aku. Ni, aku tak kenal sangat pun budak2 Melayu coz aku tak ajar diorang. Farhana offer kelas 2F dia kat aku (kelas tu ada budak Melayu), but, no way la Farhana! Ko ajar BI kat kelas tu. Hehehehe. Hancus aku ajar BI nanti. Hehehehe. Dia citer budak2 kelas tu agak pasif, 1 way learning. Lagi la tension. Kite ye2 tanya, diorang wat bodoh je. Kelas aku banyak yang bising, kelas dia pasif plak. Macam2 problem kan.

Oh, semalam waktu rehat group aku dah start tadarus. Every 2 guru (aku dengan Kak Yus), bimbing 5 orang students (aku dapat budak Form 2). Ada yang kata tak tau baca! Tak kan skit pun tak tau kot. Aku suh try, malu2 plak. So, semalam sorang je baca, si Indah. Puteri period, lagi 3 orang malu2 je. Bukan tak tau tu, aku rasa malu2, dia tak lancar. Takpe, tak lancar pun kite try, belajar sama2. Aku tanya Lydia (ustazah ni), budak2 tu dalam kelas agama boleh baca tapi merangkak2. Oooo, tadi tu kes malu la. Ari ni Kak Yus conduct tadarus, Jumaat ni aku plak conduct sebab Kak Yus tak bleh. Sekolah aku wat majlis khatam Quran 16/9/2009 ni. Start kul 5pm. Buka puasa kat sekolah, ceramah, solat hajat, solat taraweh sama2. Last year aku tak dapat solat ramai2 sebab period. Harapnya tahun ni tak uzur (^_^).

No comments: