03 September 2009

Khamis Yang Biasa

Ari ni aku luar awal skit sebab nak pegi bayar bil tepon. Pastu baru pegi sekolah. Kelas macam biasa ari ni. Tak de yang pelik2 pun. Budak pun ok skit ari ni. Tadi Cik Lye bagi senarai semak buku rekod kesihatan murid. Hai, baru semalam abis 1 keje, ari ni dapat lagi. Aku ni dah tak de masa nak wat keje2 p&p ke? Aku baru syok2 baca revision book sebelum masuk kelas, dapat keje lagi. Next week nak bagi report kat pengetua. Aku tak de kat sekolah sampai Khamis, kursus. Cian Lydia la nak kena pantau sorang2. Esok cadangnya nak pinjam budak2 pompuan 1A waktu PJK nak wat keje tu.

Ari ni ada 4 kelas, 5 waktu plus 1 masa relief. Penat sebab turun naik blok, banyak cakap. Biase la tu kan. Nama pun cikgu. Hehehe.

Balik skolah trus pegi pasar malam dengan Ida. Ye, minah ni tak balik2 dari pagi tadi, keje 12 jam shif kat kilang ke hape. Ingat nak beli je makanan berbuka. Skali tak de pun gerai makanan yang aku selalu gak la singgah, popia je yang ade. So, beli barang2, masak je la. Kul 6pm baru gerak balik ke rumah. Balik2, solat Asar sambil tunggu nasi masak. Pastu, goreng ikan, sayur kacang buncis goreng dengan ikan bilis, sotong singgang, ulam pucuk kadok (aku bawak dari kampung ari tu). Setengah jam je siap masak, express kan?

Tadi berbuka dengan kurma, air tebu, kuih sorang 2 ketul, dengan hasil masakan merepek tu. Alhamdulillah. Ngantuk plak pas solat ni. Huhuhuhuhu

2 comments:

sweethOneY said...

sekolah de iso ke? kdg2 duk mengisah kerja2 tu, x sempat nk prepare utk p&p kan..

fiza_sensei said...

haah. bz manjang, keje utama terabai :(