01 September 2009

Gastrik-->tak masak, tapi bleh isi borang tukar

Ari pertama mengajar di bulan mulia tahun ni disambut dengan gastrik yang sekejap2 muncul tapi sangat menyakitkan. Aku masuk kelas 1H yang terserlah kenakalan tahap giga, tiba2 gastrik melanda. Sakit, Allah je yang tahu. Sampai aku menaip sekarang ni pun masih terasa kesakitan mencucuk2 tu. Kejap ada, kejap tak ada (ya, macam chipsmore!). Aku dah lumur segala bagai minyak panas, dah tukar macam2 posisi duduk, tidor, meniarap....tapi rasa jugak. Nak tido tak bleh, sakit!

Semalam berjanji (janji?) ingin memasak juadah berbuka dengan Ida kerana fed-up dengan rasa char koey teow yang dibeli di pasar ramadhan semalam. Bau...sangat mengujakan, tapi rasa...sangat menghampakan. Maka, janji kami, hari ini akan memasak sendiri juadah berbuka.

Sejak dilanda gastrik yang sama sekali tidak diundang ini, Ida memasak sorang2 je tadi. Kerang masak cabai, kerang cicah air asam (takde gambar sebab keadaan tidak mengizinkan aku mengambil gambar!). Gastrik pun nak telan cabai2 ni. Tadi aku baik, aku tak makan cabai (ari ni je la kot), mana bleh aku tak makan cabai selaku orang utara sejati ni. Aku cuma tengok dengan pelbagai gaya duduk. Balik awal pun tak boleh wat pe kan. Harap esok boleh masak walaupun resepi biasa2 aje. Masak sendiri lebih sedap dari beli di pasar ramadhan. 1, sebab harga sure mahal dari biasa, 2, rasanya tak sedap tara mana pun.

Ha, aku telah mengisi borang tukar. Mencuba nasib sebenarnya kerana orang bujang sangat susah dilepaskan dari mana2 sekolah pun. Lagi banyak jawatan, lagi tinggi kebarangkalian TAK dapat tukar. Hehehe. Aku akan cuba sampai dapat. Hahahaha. Semangat tinggi, jangan kau cabar aku ini. Tukar ke mana? Ke tempat aku paling selesa di Malaysia la, mana lagi kalau bukan ke utara semenanjung! Doakan aku(~~,)

4 comments:

hayad said...

hg mntak utara tu, penang, kedah, perlis ke?

Teacher Hafizah said...

aku try kedah. cuba nasib

malaysian hijab blog said...

hi dear,nape tak makan ubat gastric,gilah carik kat farmasi,gaviscone ke,boleh u tahan gastric huhu.i pun pernah kena gastric gak,tapi makan ubat baik lah.pastu terus ubah tabiat makan

Teacher Hafizah said...

thanks dear. dah amik ubat di klinik. setakat ni alhamdulillah ^_^