31 August 2009

Kereta Dah Selamat Parking

Macam dah janji dengan Ida semalam, kami nak kuar pas Subuh. Tapi biasa la, bukan nak rush sangat kan. So, janji yang nak kuar pas Subuh tu jadi kuar pas kul 7. Lepas Subuh gak tu kan, belum Zohor. Hehehe.
Ida lagi jauh dari aku, so kami decide nak jumpa kat highway je la. Dia pun drive sorang macam aku gak. Dalam 20 minit dia kuar, aku pun kuar. Malas btoi nak balik. Tapi apa kan daya, esok dah keje (T_T'). Dia tunggu aku kat hentian sebelah A. Pongsu. Tu kira hentian 1st aku jumpa pas kuar highway dari kampung aku la. Drive pun tak la gila speed (~110km/j), kira mematuhi undang2 jalan raya tak? Hehe. Kalau potong keta lain lebih skit la kan. Hi, tengok2 gak area yang ada speed trap. Setakat ni alhamdulillah la.
Kami berenti kat Simpang Pulai. Ngantuk drive sorang2. Macam aku balik kampung dulu la, melalaks sorang2 dalam keta. Kami parking sebelah menyebelah, buka tingkap, sembang. Pakcik2 yang lalu usha baek punya. Hahaha. Suke ati la! Tadi kata ngantuk, tapi tak lena plak (dah sembang, mana ngantuk!). Dekat 1/2jam di situ ye. Pastu, p buang apa yang patut (meringankan beban), cuci muka, sambung drive.
Around Tapah area, aku dah start ngantuk balik. Dengan cekapnya tangan aku mencapai minyak Cap Lang (sepupu minyak Cap Kapak), titis2 skit, pastu sapu kat kelopak mata. Ari tu nak balik kampung pun aku wat macam tu, tapi tak dak pe2 prob. plak. Tadi, (aku rasa aku letak banyak kot), aku tak leh bukak sebelah kanan mata aku. Panas sangat, pedih. Hahaha! Padan muka, dan bengong, ini serius sangat bahaya. Berbekalkan 1 mata yang bagus itu, aku bagi signal masuk R&R Tapah. Ida sure pelik je dari belakang, apasal aku nak berenti lagi.
Aku call Ida,"Weh, mata aku pedih. Aku boh banyak minyak." Hahaha.
"Nak p basuh ke?"
"Takyah, satg ok ni." Eksyen!
OK, sambung jalan. Kali ni non-stop sampai Kepong. Selamat parking kat parking lot aroung 11 am. Angkut barang yang banyak itu (bekal barang2 dapur dari mak) memanjat tangga ke tingkat 3. Kenapa la tak dak lift kan (T_T').
Pas angkut, simpan barang, aku nampak tilam dengan bantal je. Bantai tido sampai kul 2! Amik kau! Pas bangun baru terasa nak kemas bilik yang ala2 nak jadi tongkang pecah. Kemas bilik, pastu mop lantai (1 rumah). Siap guna Dettol lagi (cegah H1N1, jaga kebersihan)! Tetiba aku jadi rajin plak kan. Cuci toilet, mandi, solat. Skarang rumah dan toilet sangat....bersih dan cun. Sapa2 volunteer nak tido dalam toilet aku pun bleh. Begitu la perumpamaannya.
Ni tengah mencari mood nak masak untuk berbuka. Tapi yang pelik, tak tau nak makan apa. Tanya Ida, respon -ve. Conclusion, kami dua orang tak tau nak masak apa lagi, tapi yang penting, NASI!

2 comments:

hayad said...

pergh! lg awai giler hang balik.

fiza_sensei said...

strategi mengelakkan jem