07 August 2009

mesti pos budak balik!

Semenjak 2 menjak ni, asal ada budak demam je PK HEM suruh antar balik rumah. Risau sejak penularan H1N1 pendemik ni. Setakat ni dah 14 orang meninggal di Malaysia. Semakin merisaukan esspecially untuk orang2 yang bekerja di tempat yang memang ramai manusia (Aku nak kata kat sekolah macam aku ni la. Huh!).
Setakat ni tak de plak students aku di sesi petang ni yang pakai mask. May be kalau parents bagi pun diorang simpan dalam beg malu nak pakai sebab tak de orang lain yang pakai (or bajet hilang ke'leng-chai'an atau ke'leng-looi'an mereka!). Patutnya semua dah kena pakai ni. Yela, kita tak boleh nampak virus tu macam kita nampak sepinggan nasi, semangkuk tomyam, segelas carrot susu (lapaq plak!).
Memandangkan aku telah dilantik secara gilirannya untuk menjadi guru bertugas minggu ni, aku kena menghantar sorang amoi ni balik tadi setelah disyaki DEMAM (ye, seperti aku dapat lihat, demam biasa, siap senyum2 gumbira lagi!). Kak Siti called, kena hantar budak tu balik atas perintah PK HEM sebab dia demam. Rumah dia pun dekat je dengan sekolah. Yela, saya yang menurut perintah! Dengan penuh dedikasi menghantar. Kak Siti ikut sekali. agak2 kalau giliran bertugas ni bulanan dan bukan mingguan, berapa kali aku akan hantar budak demam balik rumah ek?
Tadi, masa aku tengah syok mengajar kat 1 Ikhlas (last period), sorang budak laki (1 Fitrah) yang hilang keganasan dan kemachoan menangis sebab dia rasa tangan dia terseliuh. Apakah? Aku tengah mengajar ni? Apasal tak cari partner aku yang bertugas minggu ni? Di sebabkan tak boleh suke-suki tinggal kelas sendiri untuk handle kes ni, aku minta kawan budak tu yang ikut sekali tadi bawak dia p bilik guru. Cari partner aku or Kak Siti or other cekgu yang takde kelas time tu tolong buat apa yang patut. Hai! Apsal eh? Aku ni cukup glemer ke kat sekolah sampai time aku bertugas je semua cari aku? Gila kembang kalau macam tu. Hai, SAYA YANG MENURUT PERINTAH! Hehehehe.
Apa2 pun, aku sayang budak2 tu walau pun ramai yang bila kita tengok muka sorang2 dah tak rupa orang. Lebih kepada behaviour tutttttt di zoo yang minat bermain tanpa memikirkan benda lain. Penggunaan bahagian otak yang masih berada di tahap minima

Fiza_sensei

2 comments:

hayad said...

aku plg tak suke budak jumpe sbb sakit. psl aku mls nak urus2kan sume tu, hehhee. teruk kan aku?

Teacher Hafizah said...

aku pun kureeeennnngggggg suka.....
masalahnyer budak akan cari aku, bx partner aku. glamer kan aku?