24 June 2009

PUASA OH PUASA! LALALALALALA~

Aku posa ari ni. Wah! Bagusnya! Anak sapakah ini???
Ala, korang patut tanya posa apa kan. Tak kan tak tau plak. Ganti la weh! Ni dah bulan berape dah. Ogos dah Ramadhan kan...Oh! Apakah motif aku merepek ini? Aku nak cakap aku puasa je tadi.
Cuaca hari bagaikan begitu memahami situasi aku yang berpuasa. Dari pagi mendung je manjang. Kat skolah tadi siap ujan lagi.
Ari ni giliran mengambil attendance budak2 pempuan solat di surau. Jangan tak tau, kitorang siap wat attendance kat budak2 tu. Sapa tak solat, kena la denda apa yang patut.
Ari tu kami dah denda skali. Budak laki biasa la...kena rotan. Coz budak pempuan tak boleh sesuka hati sesedap rasa nak dirotan, hukuman ditukar kepada wat karangan yang tajuknya dipilih khas oleh ustazah.
"Mengapa Saya Perlu Solat?"
Panjang karangan lebih kurang 300 perkataan je. Ada sorang student pempuan ni siap mintak kena rotan lagi sebab tak mau tulis karangan panjang tu. Oh! Mana boleh kan. Sanggup dirotan daripada tulis karangan yang ilmiah tu.
Petang esok tu kami baca la karangan yang budak2 tu hantar. Bijak mengarang tapi belum tentu diorang nak buat macam dalam karangan tu kan. Siap kluar dalil2, hadis lagi. Ada 1 skrip tu siap macam tulisan orang lain je. Tak tau la tulisan mak dia ke kakak dia. Yang penting 3x ganda lagi cantik daripada tulisan dia. Tapi nak kata bijak ke ngok ke kan....separuh tulisan cantik, separuh tulisan ala2 tak cantik...kan dah sah2 orang lain tolong tulis! Kagum aku!
Oh! Panjangnyer!
Aku ke surau waktu rehat. Solat zohor and then just stay there tunggu asar plak. Gap tu apa lagi, tido la kejap. Mujurlah ari ni kelas tak banyak dan tak dapat relief. Bleh la rehat2 skit. Dan cuaca pun begitu memahami (^_^')
Bagusnye!!!!

No comments: