26 June 2009

DAYA TARIKAN MAMAT BERNAMA NARUTO

Balek skolah tadi adalah sangat mengantuk ye. Maka perlulah merehatkan mata yang chumil ini. Tapi kerana tuntutan idup tak dibuat lagi, aku dengan rela hati mengira jam, bila kah masuk waktu Maghrib seterusnya menunggu Isyak.

Hari ni ada pasar malam dekat2 skolah aku. Tapi sebab tadi ada pot luck, perut ku sudah gumbira diisi dengan pelbagai jenis nutrien, aku tidak perlulah menapak ke sana men'sedekah'kan sedikit wang kepada penjual2 makanan di sana.
:: rugi la makcik jual popia basah tu sebab aku tak p beli popia dia 2 hengget macam slalu::

Sampai rumah sah pukul 7 ye. Memberi salam tapi tidak berjawab.
'mana pergi ini minah?'

Rupa2nya dia bersuka ria dalam toilet. Hahaha! Rutin biasa, balik skolah , masuk rumah, aku trus masuk bilik melepaskan semua beban di bahu.
::merupakan beg isi bahan sekolah, botol air brand tuperware saiz XL, dan handbag itam lama aku itu::

Terus melepak di depan tv sambil tangan menekan remote control menukar channel mana yang agak2 best. Akhirnya, what the???? Apa kes bleh lupa! Ari ni kan ada Naruto. Layan je la versi BM pun walau aku prefer Japan punyer version. Rasa macam tengok Nobita dan Doremon je sebab suara orang yang sama je kan. Kalau la ada ramai yang kerja dalam bidang alih suara ni.....

Apasal aku macam tak tengok lagi episod ni ek? Baru tringat yang aku ada tertinggal 3 episod ::macam 3 je:: masa tengok dvd Naruto dulu. Inilah padahnya kalau terlalu menyokong cetak rompak ye. Bila tukar tokey cetak rompak, episod yang diorang wat dah 'lari'. Contoh, kalau tokey sebelum ni stop sampai episod 100 kat Naruto kena blasah dengan Sakura, blom tentu tokey baru sambung episod 101 kat kepala Naruto benjol dan dia terbenam 7 kaki dalam tanah lepas kena blasah tadi. Mungkin episod 101 tu tetibe je kuar Naruto tengah makan ramen. (-_-')

Tu la yang jadi. Hasilnya, aku tak tengok lagi episod yang kuar kat tv3 ari ni. Terpaksa la layan yang alih suara ni. Bila dia alih suara, sebenarnya ayat2 dia dah 'lari' skit2 dari asal. Lawak dia pun dah 'lari'. Dan yang penting, terlalu skemata ye ayat2nya. Bagus untuk pembelajaran kanak2 tapi tak bagus untuk aku yang menghayati setiap scene dan lawak Naruto ini.


::panjang gak kan ulasan Naruto ini. Adakah siapa2 yang menyampah nak lempang2 aku?::

Bila Naruto dah abis, aku dengan pantas melompat ke bilek bersiram. Kul 8 tu. Maghrib, Maghrib tak lagi! Tunggu Isyak skali. Pas siap, tak sabar2 kepala aku nak cari bantal je. Maka, cekgu pun zzzzzzzzzzzzzzzzzz!
Bubbye!
~nenenenenenene~

Tepon berbunyi kul 10.30. Aku wat reminder nak bangun kul 12, tapi kul 10.30 dah kena kejut. Oh! Abang aku nak g melepak dengan member lama kitorang. Bagus ya begitu....aku bukan queen control. Tapi kami dah terbiasa nak pergi mana2 mesti cakap.
::G ber** je kot malu2 arnab nak cakap::

So, sampai la sekarang aku tak boleh tido! Bagus kan. Angguk cepat!

No comments: