28 June 2009

combine sekali je~

Lama tidak menulis. Mungkinkah kerana terlalu busy??? Hahahaha. Ye jugak la.
Jumaat:
Hari Jumaat jadual adalah biase2 aje. 4 waktu. 2 sebelum rehat, 2 lagi lepas rehat. Sabtu skolah ganti weh! Adalah tidak bagus sekali ye.... Ari cuti telah digunakan untuk kemudahan di hari kemudian. Ganti cuti raya. Takpe! Cuti raya 1 week...I like!
Kitorang plan nak g maen bowling lepas Isyak malam tu. Yela, kena pikir gak kami yang sesi petang ni. P 10 orang...plus 2 orang babies. Anak Na'imah and Kak Fiza. 10 orang ni termasukla husband2 kawan2ku itu ya. Sporting kan kitorang. Dah jadi geng dah skarang. Tinggal aku, Ida dengan Gee je yang single mingle lagi. Coming soon la jugak kan....
Aku maen dengan hudoh sekali la. Lebih ke longkang dari pin (O_O)
Cekgu pun ada benda gak tak pandai kan.Bukan semua teror. Sebelah kitorang memang makcik-giler-teror-terorist la. Aku rasa dia kecian tengok kami kot. So, dia menurunkan ptua2 yang bagus untuk dipraktikkan. Makcik kate:
1) Aim arrow kat tengah, jangan tengok pin.
2) Bila dah baling, tangan naek arah kul 12
3) And then, tangan genggam macam nak shake hands.

::bagi korang yang dah teror maen, abaikan la teknik ni. Ini bagi budak baru belajar je::
Pas ilmu diturunkan...nah...bleh plak jatuh banyak pin. Oh makcik! Nape tak ajar kami awal2? Adakah salah makcik itu? Tettttt. TQ la makcik ajar kami. Yang best, dia tanya kami ni student U mana? Ida malu2 je nak jawap,

"kami cekgu"

Dalam ati....malu siot....cekgu maen bowling baling ke bulan je. Hampeh ah!

Sabtu:
adalah hari ganti ye. Budak mai pun ada la sekangkang kucing. Skit sangat la. Majoriti beberapa belas daripada 35-40 pelajar. Sabtu ramai budak tuisyen la, kelas muzik la, tengok tv la. Sekolah ganti ni memang ganggu schedule budak2 tu di hari minggu lah. Aku ingat combine kals tapi Kak Siti kata tak yah. Masuk kelas masing2 je. Budak bapak la boring. Nak blajar, ada la 10 orang datang 1 kelas.Kurang 1/2 kelas tak mrngajar la jawabnya. Aku yang jaga budak ni pun boleh ngantuk, budak lagi la. Budak laki maen lompat sapa paling tinggi. Pempuan salin lagu dalam buku pas tu nyanyi. Bila cekgu tengok malu2 unta lak.
::kite pun penah alami ni dulu. Aku siap ada buku tbal lagi tulis lirik lagu. Siap ada index lagi!::
Guna jadual ari Jumaat. Kelas mula 12.40-5.00 petang. Boleh balek awal. Masa aku dengan Kak Ida nak p solat, ada sorang budak datang 2.20 petang. ::anak murid aku gak la ni::
Sah konfius-fius budak ni. Btol2 guna jadual ari Jumaat ni! Masuk skolah kul 2.30 petang! Kan dah bagi surat siaran cakap 12.40 mula skolah. Hai la budak! Kul 5 semua kalut nak balek. Sama naek je cekgu dengan budak.
::bukan kena dahulukan budak ke? Cekgu balek lambat skit dari budak. Naaaaaaa. Ari patut cuti, balek cepat adalah wajib!::
Malam g Mydin beli barang masak sebab family adik Ida nak singgah tidor kat rumah kami. Nak antar adik ipar dia masok UKM.
::apasal orang kita ni...nak masok U sorang, yang antar 1 batalion!::

Ahad:
Pagi g rumah Noor makan nasi dagang mak dia buat. Sedap wo mak dia buat. Tengok baby dia sekali. Apa nama tah? Tak salah aku Irfan kot. Sama nama prof aku kat USM dulu, Dr. Irfan. Cute dan puteh!
Pastu menyinggah rumah Farhana. Anak dia memang brutal giler kentang la. Kena air panas sebelah tangan ari Khamis ari tu tapi dia cool je maen2 macam tak sakit apa2. Kita yang tengok rasa seriau!
Kul 2 g kenduri kawen kawan aku kat skolah ni. Sampai2 memang kagum la tengok pelamin dengan kemah kenduri. Bapak punya grand! Merah-puteh. Tapi pengantin pakai pink.Kira boleh la. Pink tu kan asal dari warna merah gak dalam roda warna!


No comments: