24 June 2014

~Nadzrin @28 days: kahak, kulat susu, rawatan stim, tepukan Percussion~

Assalamualaikum,

Baru berkesempatan menulis. Cerita sebelum beberapa hari dan semasa dan selepas bersalin akan menyusul bila ada masa lagi nanti. Saya bersalin normal 11.45pm Rabu 28/5/2014 sama hari kemangkatan Sultan Perak. Baby boy 2.5kg dan kami namakan Muhammad Nadzrin Hakim b. Mohd Shahril Hafiz :)

Salam hormat kepada ibu2 kuat di luar sana. Hampir sebulan bersama buah hati baru membuat aku kenal peel2 bayi. Menangis kuat bila lapar, muka ala Jason King bila nak yak, tipu2 nak tidur, senyum, bunyi macam nak sembang, kuat memerhati, sejak beberapa hari lepas hidung tersumbat dan kulat susu di lidah dan dinding pipi. Last 2 problems buatkan dia menangis meraung macam aku pukul dia. Padahal mama ni nak tepuk nyamuk kat dia pun tak berani.

Bila jadi mama, aku tak tahan langsung tengok dia nangis. Mula gelabah. Nasib baik di kampung. Walau ada masa aku stress dan rimas sebab ada mak abah yang overprotective sampai tak boleh tengok cucu nangis sikit pun; pikir balik, mujur ada mak dan abah lagi yang nak menolong. Rupanya apa yang aku google masa mengandung dulu tak cukup info sampai baby lahir. Apa yang aku google tersangkut sampai how to deliver baby correctly je.

Masa pantang orang tua2 cakap jangan membaca sangat kelak mata rosak tak tunggu tua. Hish, henset kat kita 24 jam, ada internet connection plak tu, takkan la tahan sangat nafsu ni tak guna. Mujur ada internet, membantu juga kala susah ni.

BERNAFAS KUAT:

Nurse yang datang check di rumah tu cakap it's normal for baby bernafas kuat sometime. Ok, mama baru terima saja bulat2. Nurse kan lebih arif pasal bidang kerja dia. Tapi bila sampai Nadzrin kuat melalak, it means something is wrong. Aku mula google. Nafas berbunyi kuat mungkin sebab kahak atau hidung tersumbat. Gigih mama guna cotton bud cuci hidung. Tak berani sangat, cukup cuci skit2 hujung hidung je. Aku whatsapp kawan yang ketja MA, kalau baby berkahak, bila dia bernafasbunyi kahak. Oh, ok, tapi macamana tu ye? Mama kurang arif.

Google cara2 nak hilangkan hingus/kahak/selsema tanpa ke hospital guna nab. Rupanya ada. Guna kaedah stim dan tepukan Percussion. Mama cuba, sekali dengan nenek dan tokwan kena kerah tolong pegang Nadzrin. Ok, mari share ilmu.

Rawatan stim dan tepukan Percussion:

Pilih salah satu untuk rawatan stim:
◆ bottle steam sterilizer - 20 min
◆ periuk nasi elektrik - 20 min
◆ bottle and food warmer - 20 min
◆ sebaldi air panas - 10 min (sesuai untuk bayikurang 6 bulan)

Campur salah 1 bahan:
◆ minyak habbatus sauda'
◆ minyak bawang putih
◆ bawang putih diketuk
◆ serbuk bawang putih

Posisi bayi meniarap dan halakan muka ke arah wap panas. Jarak ikut kesesuaian.

Tepukan Percussion:

Tapak tangan buat bentuk cuping/bentuk huruf C. Kemudian tepuk kiri dan kanan bahagian belakang bayi, bukan bahagian tulang belakang. Lepas tu pusingkan bayi, ulang cara yang sama di bahagian kiri dan kanan dada bayi.
Boleh tepuk semasa rawatan stim atau selepas.

Pengalaman buat kat Nadzrin, aku tepuk semasa rawatan stim. So, dia agak relaks. Aku bayangkan dia akan meraung hebat macam yang aku baca dalam blog2. Tapi Nadzrin slumber je macam menikmati wap panas tu.

Hasil sepatutnya kahak/hingus baby boleh keluar dengan hebat. Tapi kes Nadzrin tak de apa2 pun. So, mama lega sikit sebab rasanya dia nangis bukan sebab kahak tapi tersumbat je.

Pagi semalam pergi klinik kanak2 kat Pekan Lama Parit Buntar. Btol la . Doktor cakap Nadzrin sihat cuma hidung tersumbat, dia tak selesa sebab tu nangis dan kadang2 melentik2kan badan.
Doktor tengok dalam mulut ada kulat susu. Aku, oh, ok. Tak ambil port pun sebab aku baca kerak susu kena cuci dengan kain lampin yang lembap je. Aku ingat tak payah guna apa2 ubat. Lagi pun nampak tak la banyak pun kulat susunya. Untuk hidung tersumbat dapat sebotol kecil ubat titik.

KULAT SUSU:

Terdapat kat lidah, lelangit dan dinding pipi bayi akibat minum susu badan atau susu formula. Nampak tompok2 putih. Tak menyebabkan penyakit serius tapi boleh buat baby dehydrated sebab mulut boleh pecah2 dan dia tak mau minum susu, rasa sakit. Lidah jadi kering. Sebelum ni Nadzrin tak tunjuk yang dia sakit mulut. Hari ni bila dia nak menyusu dia marah, nangis. Aku ingat lidah dia luka sebab semalam aku cuba cuci kulat tu guna lampin lembap. Susah nak cuci sebab bila dia buka mulut pun tak besar pastu dia pandai tarik lidah ke dalam. Boleh cuci bahagian depan lidah je la.

Hari ni makin banyak kulat susu. Tak boleh jadi ni. Menangis pun makin kuat. Aku google lagi. Rupanya dia nangis dan reject nak minum buka sebab lika aku guna lampin semalam tapi sebab kulat tu makin banyak, dia tak selesa, lidah jadi tebal, makin kering.

Petang tadi minta tokwan ke klinik semalam belikan ubat kulat susu. Dapat ubat sapu yang manis. Aku sapu kat puting dia dan guna jari kelingking sapu kat dinding dalam mulut dan lidah. Ok, manis, Nadzrin diam.

Sekarang sedang nyenyak tidur. Lega mama :)

Esok mama letak ubat lagi ye, sampai sembuh.

No comments: