22 February 2013

Indahnya cuti, indah lagi kalau ada kerja

Bersyukurlah anda kerana ada kerja.

Super sibuk lately. Tiada lagi masa untuk tidur petang. Kalau tak ke sekolah, mesti ada tuntutan kerja lain, kerja peribadi. Alhamdulillah, urusan2 penting ada yang dah settle.50% kot. Pening juga nak urus hal mewujudkan keluarga baru ni kan. Patutlah ada yang sampai bergaduh sebab tak sama pendapat. Darah manis kata orang. Selagi paras gula darah tak overdose, mana datangnya darah manis tu?

Oh, ni kelas Sains tadi. Fertilisation and Pregnancy. Mendengar anak2 murid tak kira lelaki perempuan ngilu menonton childbirth simulation....."cikgu dah sedia ke cikgu?" Ohhh, gulppp! Cikgu takut kalau korang nak tau. Mengajar bahagian reproduction, fertilisation, pregnancy lebih mudah daripada mengalami semua tu sendiri. Gulpppp! Seram plak.

Esok ada ladap. Minggu depan lebih sibuk. Latihan merentas desa 2x waktu petang, fitting baju, kursus kahwin, tuisyen...... penatnya. Tak jadi suri rumah lagi tu.
Doakan yang baik2 dan yang indah2 ye. Aminnn.

No comments: